Baru 8 Hari Pantang, Wawa Zainal Sudah Mula Kerja, “Boleh Jadi Bentan I Dibuatnya.”

Share

Komited dan berdedikasi. Itu yang boleh disimpulkan dengan sikap ketekunan pelakon dan usahawan Wawa Zainal dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang ibu dan usahawan.

Mana tidaknya, baru sahaja melahirkan permata ketiga pada 1 Disember lalu, Wawa kini telah dilihat ‘turun padang’ ke pejabat bagi menguruskan perniagaannya.

“Day 8 berpantang.. terpaksa turun ofis kejap check stok .. boleh jadi bentan I di buat nya oleh agent,stokis& leaders @wawacosmeticshq saban hari tanya bila stok mari.

“Padahal hari2 pun dorang ambil stok!! Xfaham betul.. kali ni janji tak catu,” tulisnya sambil memberi kredit kepada team yang berjaya mengusahakan produknya.

Hasil dari kerja kerasnya itu, rata-rata memberi pesanan kepada ibu beranak tiga itu agar mengutamakan kesihatan terlebih dahulu.

Sementara itu, Aeril Zafrel turut merakam video menerusi Insta Storiesnya dan terkejut melihat kekuatan isterinya yang sedang sibuk bertugas.

 “Uii, naaa! Kerja sudah,” katanya terkesima. 

Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak ketiga pada 1 Disember lalu seberat  2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan.

Wawa dan Aeril turut dikurniakan anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012.

Foto : Instagram Wawa Zainal

IKLAN