“Tak payah bagitahu. Kita tahu haha. Kita naik badan melampau ni. Asyik makan sahaja kerja. Padan muka. Muka kita pun sudah macam mempelam dah awak,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Pada masa sama, Abby turut mendedahkan pembedahan bariatrik tidak akan berkesan sekiranya tidak menjaga disiplin pemakanan dan malas senaman.
“Produk bariatrik yang gagal. Sebab tu pada siapa-siapa yang nak kurus, cakap buat je bariatrik buleh kurus. Ingat semudah itu? Tidak ya.
“Lepas buat, kalau tak pantang makan, tak buang gula dan tak bersenam, tiada makna ya. Sama je.
Ads
“Naikk balik, sudahnya berat kita 80kg tak bergerak-gerak ni,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Abby kini berhasrat untuk mencuba produk-produk makanan tambahan boleh membantunya menguruskan badanz
Ads
“Kita kena buat sesuatu la wak. Kita nak ambil produk la untuk kurus. Cadangkan produk apa yg sesuai. Yang comfirm kurus.
“Tolong kongsikan. Nak exercise tapi esok ke esok, sampai sudah,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Abby difahamkan telah menjalani pembedahan bariatrik pada tahun 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hasrat usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri untuk melihat reaksi riang anak-anak saat pulang dari kerja bertukar menjadi tragedi.
Menerusi perkongsikan di Instagram, Aliff memaklumkan kepala anak perempuannya, Rudhah telah tercedera disebabkan terhantuk di bucu tangga sehingga menyebabkan pendarahan yang agak teruk.
“Doakan segalanya dipermudahkan. Nak dijadikan cerita, ketika saya nak balik kerja, saya memang suka rekod video sebab nak tengok moment anak-anak datang dan berlari memeluk saya balik kerta tapi jadi sebaliknya.
“Dan air darah terpancut pancut macam air paip. Nasib baik tak kena mata. Masa tu lintang pukang saya berlari,” tulisnya.
Video detik cemas itu juga turut di kongsikan di laman Instagram.
Katanya lagi, anaknya itu sudah pun mendapatkan rawatan di hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.
“Saya dan isteri bawa ke hospital. Waktu tu Allah saja tahu betapa takut nya saya.
“Doktor cakap kulit kepala dan juga daging yang sudah kena dan hampir terkena dekat tulang kepala,” katanya lagi.
Disebabkan insiden ini juga, Aliff terpaksa menangguhkan hasratnya untuk merakamkan lagu raya terbaharu.
“Terus saya hentikan hasrat untuk rekod lagu raya sebab sepatutnya malam tu ada recording lagu tapi tidak jadi. Kenapa ekkk jadi semua ni,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut mendoakan semoga Raudhah lekas sembuh.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ditubuhkan pada 2018, Akademi Al Quran Amalillah atau AKMAL terus terbang tinggi mengembangkan legasi dan empayarnya.
Malah kejayaan demi kejayaan diraih menjadi iltizam bagi terus melahirkan Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun.
Pada masa yang sama usaha pembangunan akademi ini memiliki enam cawangan serata negeri itu juga semakin disedari.
Ketika ini, akademi terbabit yang beribu pejabat di Marang, Terengganu turut memiliki cawangan di Bukit Beruntung, Batu Pahat, Shah Alam dan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Ketua Pegawai Operasi AKMAL, Imam Muda Fakhrul, mereka terus optimis mengangkat akademi berkenaan ke tahap yang lebih membanggakan.
“Cabaran ketika era pandemik itu memang sangat besar kerana kebiasaan dan tradisi pengajian Al-Quran itu secara berdepan. Tapi mahu atau tidak, kena biasakan cara belajar dalam talian.
“Bagai rahmat dalam ujian, ia membuka kejayaan besar kerana dengan cabaran tersebut kami berjaya mencipta pelbagai modul baru untuk membantu anak muda mencapai misi untuk menjadi Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh satu tahun atau kurang termasuk memperkenalkan pengajian tahfiz secara online.
“Kita bersandarkan konsep Fast Track Tahfiz Strategy menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, kajian pelajar secara bersasar dan kaedah pengurusan psikologi bagi mencapai sasaran dan misi yang diingini,” katanya.
Kata Imam Muda Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrurrazi Hussin lagi, pada 2019, akademi ini pernah tular apabila seorang daripada 20 pelajar telah berjaya hafiz dalam tempoh lima bulan hingga berjaya mendapat liputan meluas media.
“Kisah tular itu membuatkan permintaan tinggi untuk kemasukan pelajar menyertai akademi ini. Cuma kita akui tak mampu menampung permintaan berkenaan kerana kekurangan kemudahan.
“Hingga kini usaha mengumpul dana untuk pembangunan kompleks tahfiz ini masih berjalan. Cawangan di KLIA juga hampir siap pembangunannya.
Tambah Imam Muda Fakhrul lagi, pada Mac lalu mereka berjaya menganjurkan Majlis Khatam Perdana Hafazan 30 Juzuk Al- Quran membabitkan 75 pelajar yang majoritinya berjaya melengkapkan hafazan kurang setahun diadakan serentak di semua cawangan AKMAL.
“Tempoh khatam itu bermula dari tahun lalu hingga awal 2023. Apa yang menakjubkan kita juga berjaya mencatat rekod baru kejayaan seorang pelajar bernama Iman Mardhiyyah Kamaruzzaman yang berusia 12 tahun. Dia berjaya melengkapkan hafazan 30 juzuk selama tiga bulan lebih sahaja.
“Malah pelajar terbabit juga berjaya melengkapkan syahadah tahfiz dalam tempoh lima bulan menjadikan tempoh lengkap hafiz dan syahadah hanya dalam tempoh 8 bulan lebih. Ia satu pencapaian yang amat luar biasa dan sangat membanggakan.
“Malah kehebatan hafazan dan ingatan Al-Qurannya diuji secara disemak terus bacaan 30 juzuk Al-Quran selama dua hari tanpa melihat Al-Quran. Ia dilaksanakan oleh wakil Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dijemput dan pelajar terbabit berjaya memperolehi keputusan Mumtaz (sangat cemerlang) dari institusi berkenaan,” kata bekas peserta Imam Muda Astro Oasis musim kedua itu.
Ini jelas membuktikan pihaknya bukan hanya menekankan soal menghafal Al-Quran dalam tempoh yang cepat, tetapi turut mementingkan penjagaan hafalan yang berkualiti mengikut sistem yang telah disusun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL pula iaitu Ustaz Saifullah Hussin, pendaftaran pelajar baharu dibuat secara berfasa iaitu enam bulan sekali.
“Sistem fast track ini diwujudkan kerana mahu membantu menyelesaikan masalah kebanyakan pelajar tahfiz yang mengambil masa terlalu lama untuk menghafal Al-Quran sehingga menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam pendidikan arus perdana dan ini memberi kesan negatif kepada imej pelajar tahfiz itu sendiri.
“Kita juga mahu menjadi peneraju konsep fast track hafazan menjelang 2025 sekali gus melahirkan ramai pelajar tahfiz yang berkualiti dan berktrampilan. Kita turut mahu menjadi pelengkap sistem pendidikan negara dalam tempoh akan datang dengan izin Allah.
“Kita mengharapkan agar usaha ini mendapat sokongan semua pihak dan sudah pasti dengan bantuan semua, cita-cita ini akan dapat direalisasikan tidak lama lagi. Bagi yang mahu menyumbang atau mendaftar pengajian boleh layari www.hafizsetahun.com,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengetahui, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang aktif melakukan aktiviti riadah serta bersukan seperti berbasikal, kick boxing dan latihan gimnasium.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Siti memaklumkan dia baru sahaja selesai memperbaharui lesen menembak.
Malah, penyanyi lagu Anta Permana ini juga telah menyertai pertandingan menembak amal yang dianjurkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.
“Semalam perbaharui lesen menembak dan pertandingan menembak amal. Bila dapat arahan kena tembak (license plate merah) dari Tuan OCPD, saya pun menurut perintah tuan,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan itu juga, Siti dilihat berjaya menembak tepat ke arah sasaran.
Bagaimanapun, Siti reda menerima keputusan meskipun tewas ditangan pasukan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Tidak patah semangat, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berazam untuk cuba menewaskan suaminya itu pada masa akan datang.
“Tapi tak boleh lawan Dato K la. Team dia menang semalam. Ada lagi waktu kita boleh lawan balik,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain menyifat Siti sebagai yang serba boleh.
“Kak Iti power gila.
“Hebatnya Tok Ti. Apa sahaja yang dia tak boleh buat?
“Okay hebat. Empat plate jatuh. Bukan biasa-biasa ni.
“Menembak pun lawa. Penat la kita macam ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.