Bapa Temui Anak Tak Sedarkan Diri, Bintang Taiwan Alien Huang Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun Akibat…

Share

Hos dan penyanyi Taiwan, Alien Huang dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat mengalami kemalangan selepas terjatuh rumahnya di Taipei, pada Rabu.

Memetik Taiwan’s state Central News Agency (CNA), bintang berusia 36 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri di apartment yang didiami mendiang di bandar Taipei, kira-kira pukul 11 pagi pada Rabu (waktu tempatan).

Difahamkan ketika ditemui, Huang berada dalam keadaan terbaring di bilik tidur, di laluan berdekatan bilik air dengan air yang masih terpasang.

Huang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas.

Tiada sebarang objek atau kesan mencurigakan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, punca kematiannya masih disiasat dan proses autopsi mayat dijangka akan dilakukan pada Jumaat.

Untuk rekod, Huang memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 2006 lalu.

Mendiang sinonim menerusi program 100% Entertainment dan pernah mengeluarkan beberapa buah album selain pernah menganggotai beberapa kumpulan boy band.

IKLAN