Bapa Penyanyi Amir Hassan Telah Pergi Mengadap Illahi

Share

Penyanyi baru, Amir Hassan baru sahaja kehilangan bapa tercinta.

Berita tersebut turut dimaklumkan menerusi perkongsian di Insta Story yang ‘direpostkan’ kembali.

Difahamkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada jam kira-kira 2.30 pagi.

Bagaimanapun, penyanyi tersebut belum memberi butiran mengenai punca kematian bapa tersayang.

Amir merupakan penyanyi di bawah naungan Warner Music dan popular menerusi lagu berjudul Bicaramu.

Foto : Instagram Amir Hassan

IKLAN