Bapa Pelakon Syazuwan Hassan Meninggal Dunia Pagi 5 Syawal

Share

Memasuki hari kelima Syawal, pelakon Syazuwan Hassan kehilangan bapa tercinta, Hassan Hapas yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.33 pagi Rabu.

Berkongsikan berita duka itu di InstaStory, Syazuwan mendoakan agar roh Allahyarham di tempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

“Assalamualaikum semua, Innalillahwainnalillahirojioun.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya yang telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.33 pagi tadi.

“Semoga arwah ayah saya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, amin,” tulis Syazuwan.

Bagaimanapun, Syazuwan, 33, tidak menjelaskan punca dan butiran lain mengenai pemergian Allahyarham.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN