Bapa Liza Hanim Telah Pergi Dijemput Illahi

Share

Penyanyi, Lina Hanim berkongsi berita sedih buat para peminatnya menerusi Instagram apabila memaklumkan bapanya, Haji Abd Halim Haji Abd Razak telah kembali ke rahmatullah, sebentar tadi.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat kanser.

“Ayah saya Haji Abd Halim Haji Abd Dazak telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Dengan rendah diri, saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan ayah saya agar ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihiNya,” tulis Liza.

Sementara itu, penyanyi senior ini juga turut memaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke kediaman keluarga sejurus selesai proses pengurusan jenazah.

“Jenazah arwah akan dibawa balik ke rumah malam ini selepas diuruskan oleh pihak pengurusan jenazah HUKM,” kongsinya lagi.

Terdahulu, penyanyi Merawat Luka Terpendam ini pernah berkongsi foto arwah bapanya yang terlantar di hospital sambil menyifatkan arwah adalah insan yang paling kuat pernah dikenalinya.

Al Fatihah dan salam takziah buat Liza Hanim seisi keluarga.

Foto: Instagram Liza Hanim

IKLAN