Semalam kami menerima satu berita sedih di mana bapa kepada pelakon Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah telah meninggal dunia. 

Menurut satu sumber, bapa Beego iaitu, Khalib Abd Majid, 73, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 10.30 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang dan paru-paru.

“Ayah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu akibat sakit kencing manis dan kaki kanannya terpaksa dipotong,” ujarnya kepada Mstar Online.

Beego memberitahu lagi, keadaan bapanya didapati stabil selepas itu namun secara tiba-tiba malam kelmarin tekanan darahnya rendah dan bapa Beego dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga pagi semalam dan bapanya disahkan meninggal akibat pelbagai komplikasi.

IKLAN

Jenazah telah dibawa pulang ke Johor Bahru dan dikebumikan di Masjid Bukit Antarabangsa, selepas Asar semalam.

Pelakon ini juga turut menyatakan rasa terkilannya kerana tidak dapat berada di sisi arwah bapa ketika menghembuskan nafas terakhir kerana dia terpaksa menguruskan majlis perkahwinan ahli keluarga yang lain di Johor Bahru.

IKLAN

“Saya di Johor sejak dua hari lalu kerana mewakilkan keluarga ke kenduri saudara kami. Malam tadi dapat berita ayah kritikal dan pagi ini pula meninggal dunia. Sebelum ini dia ada berpesan agar saya jaga isteri dan rumah tangga baik-baik dan jangan abaikan adik beradik lain,” ujarnya.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

IKLAN

Innalillahi wainna ilaihi rojioun…semoga mendapat rahmat ALLAH serta tenang menghadapi soal jawab pada yg HAK nanti.. YA ALLAH..kau ampunkanlah dan hapuskanlah dosanya YA RABB… aku memohon agar di ringankanlah seringan2 siksaan sekiranya dia menjadi hambamu yg lemah ketika ia hidup didunia.. semoga Ayah tenang disana…al-fatehah.. SOLAT JENAZAH AKAN DIADAKAN DI MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA JOHOR BAHRU LEPAS MAGHRIB..JIKA ADA KESEMPATAN UTK MENZIARAH DAN BAGI YG MENGENALI DIRI SY SECARA PERIBADI..SY MENGALUKAN KEDATANGAN ANDA SEMUA SAHABAT2 JAUH DAN DEKAT… @lindabeego @orangetreeproduction @zarulumbrella @elizadsharifudin @hafiztaharim @akusigincumerah @fashasandha @azizakazan@dynasmokhtar @bahriuma @mm_wali @muhamadafiqmuiz

A post shared by my p.a forshooting 0172340515 (@beego_linda) on

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI