“Banyak Pahala Dia Ni Sebab…,” – Nora Danish Dedah Perangai Sebenar Zizan, Siap Kata Kalau Ada Adik Sudah Lama Dijodohkan Bersama!

Share

Pelakon cantik, Nora Danish ada memberikan dedikasi buat sahabat industri seninya, Zizan Razak yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36, hari ini.

Pernah terlibat sama di dalam beberapa projek sebi sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan Zizan merupakan seorang teman yang sering menceriakan hidupnya.

“Ni la dia kawan saya yang selalu menceriakan hidup saya setiap kali dia buka mulut! Banyak pahala dia ni sebab selalu happy kan org. InsyaAllah, Alhamdullilah & today is ur BIRTHDAY pulak @zizanrazak869, happy birthday my friend.

“Semoga apa Yg dihajati tercapai tidak lama lagi, Semoga Allah murahkan lagi rezeki u , Berlipat ganda lagi , semoga di panjang kan umur sihat sentiasa,” titipnya.

Nora turut mengharapkan agar Zizan temu jodoh serasi hingga ke jannah hendaknya.

“Paling penting buat masa sekarang ni, semoga jumpa jodoh Yg paling sesuai / serasi buat u. Dan biarlah ia kekal hingga Jannah.

“Haha siap dah wish awal2 , I Kalau ada adik dah lama kawin kan ngan u Zizan. U are a good person. Take care Zizan, stay safe , & 

happy tua day my fren, love ya,” akhiri Nora.

Sementara di ruangan komen, para peminat turut meninggalkan reaksi masing-masing.

Foto: Instagram Nora Danish

IKLAN