
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus berkongsi video di Instagram miliknya yang memaparkan gelagat isterinya, Puteri Erma Edlinda bersalaman dan bermaaf-maafan.
Gelagat isterinya itu nyata mencuri tumpuan apabila dia memohon maaf sambil mencium kaki Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus kerana akui telah banyak melakukan kesilapan.
“Raya ketiga baru minta maaf. Banyak dosa ni sampai kaki pon dia cium.
“Tak mengapalah lambat pun, janji minta maaf dan dimaafkan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin semua #RayaKanSebulan,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan video yang dikongsikan pengacara CCTV itu.

Untuk rekod, Aril mendirikan rumah tangga bersama Puteri Erma Edlinda pada Disember 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael pada 24 November 2015.
Video: Instagram Aril Pilus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Semasa Saya Baru Berhijrah…,” – Ummi Nazeera Kongsi Surah Permulaan Kepada Hijrah, Cukup Sentuh Hati

Pelakon Ummi Nazeera menyatakan surah Ad Dhuha dan Al-Syarh merupakan dua surah kegemarannya dan menjadi titik tolak kepada penghijrahan yang lebih baik.
Dia turut berkongsi sedikit maksud ayat yang tertera dalam surah Ad Dhuha.
“Ad Dhuha & Al-Syarh .. Two of my favourite surahs… Semasa saya baru berhijrah.. Surah pertama yang saya cuba hafal adalah Surah Ad Dhuha … “ Tuhanmu tidak meninggalkan engkau(Muhammad) & tidak (pula) membencimu,” kongsinya sebak.
A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on
Perkongsiannya turut mendapat reaksi netizen yang rata-rata mengakui surah Ad Dhuha membawa ketenangan dalam kehidupan.
Surah Ad Dhuda menjelaskan keadaan Rasulullah SAW ketika surah ini diturunkan. Rasulullah SAW merindukan wahyu kerana telah lama tidak diturun kepada Baginda SAW.
Ia juga mengajak manusia kembali merenung diri tatkala diri ditimpa musibah dan tatkala tertekan dengan kehidupan.
Foto : Instagram Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Farah Lee ada berkongsi detik permulaan serta saar tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan tudung ketika sedang menyambung pengajian di Korea Selatan.
Berbekalkan duit biasiswa JPA, dia mula membeli beberapa helai tudung dan menggayakannya dengan sumber yang cukup terhad.
Menariknya, hasil yang diraih cukup mengejutkan. Sambutan baik sehingga dia dapat mengembangkan perniagaan atas nama FARAHiskandar.
Bagaimanapun, bekas isteri hos, Ally Iskandar itu terpaksa menukar nama selepas perceraian.
“Ni pulak masa awal2 start business tudung, end of 2012. Modal simpan duit biasiswa JPA, tak sampai RM1,000 pun. Sesungguhnya Farah bukan business person.
“Tapi tercetus idea untuk jual bawalshawl ni bila orang duk tanya Farah beli mana bawal corak2 macam tu siap boleh lilit2.
“Well being someone yang into fashion, bawalshawl yang Farah pakai tu actually cotton scarf yang orang Korea guna as muffle – Farah reka2 nak gayakan macam mana since masa kat Korea mana ada kedai jual tudung so pepandai ko la haha..
“So dengan modal tadi Farah beli beberapa helai, tak sampai 50pcs pun. Then makeup2 sikit, susun buku2 atas kerusi, pinjam dslr kawan, letak atas susunan buku tu, set timer, lari2 kat dinding bilik untuk posing. Then gambar2 tu edit sikit, upload kat Facebook – siapa nak order kena message kot, ke isi jotform – camtu lah lebih kurang tak ingat dah.
“So order tadi Farah pack siap2 ikut order ID, masukkan semua dalam kotak, pos ke Malaysia, then @lisa.romli tolong tulis address dan pack untuk dipos.
“Before start tu takut tak laku. Tapi sambutan mashaAllah sold out kejap je. So dari situlah start berkembang my clothing business ni,” tulisnya.
Sementara itu, apa yang membanggakan, hasil perniagaannya digunakan untuk mengerjakan ibadah haji, menyara ibunya dan menyambung pengajian ke luar negara.
“Masa tu nama FARAHiskandar, lepas cerai kita terpaksa lah nyahkan nama Iskandar tu hahaha so rebrand kepada @ommaeabel on 2016.
“After grad Feb 2013, balik Malaysia, order scarf direct dari China (sebab yang kat Korea dulu pun semua made in China ahha). Sepanjang Ramadan, order fuhh.
“Sehari 100pcs parcel pos. Then dengan modal tu baru yakin untuk start design sendiri.
“My very first own design (mid 2013) adalah studded skirt. So me. Tapi rare la skirt tu. Masa tu baru tahu tak mudah nak design pakaian – nak ngamkan measurement, material yang sesuai, tailor yang faham, timeline etc.
“Sampailah sekarang berkat rezeki tu boleh bagi parents, pergi sambung study, pergi Haji, pergi travel – but since yang keluar lagi laju dari yang masuk, jadilah aku takde saving pun sekarang. Obvious kan bukan orang business haha.
“Jadi silalah support business sis @ommaesabel tu. Sekarang ada SALE sehingga 50%. Moga adalah simpanan sikit nanti mana tau nak kawen ke kan?,” kongsinya panjang lebar.
A post shared by F. L. (@farahlee_) on
Terdahulu, Farah atau nama sebenarnya, Nur Farahin Romli mendirikan rumah tangga dengan Ally Iskandar pada 20 Januari 2012.
Pasangan ini berpisah pada 17 Ogos 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan.
Foto : Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin mengembalikan nostalgia apabila merakamkan semula lagu hari raya ‘evergreen’, yang pernah dipopularkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid berjudul Seloka Hari Raya.
Lagu yang kekal malar segar setiap kali tibanya Syawal itu disusun semula oleh Mel Ramlan dan Mohariz Yaakup.
Mengulas pemilihan lagu itu, Fattah mengakui keistimewaan serta aura yang ada pada lagu itu membuatkan dia dan Fazura berminat merakamkannya semula mengikut cara merekayang tersendiri.
“Semua orang tahu lagu ini ada tarikan yang tersendiri dan diminati ramai. Justeru apabila pihak label, Univeral Music Malaysia memberikan idea untuk kami merakamkan lagu ini, kami terus bersetuju.
“Saya sangat suka dengan versi baharu lagu ini yang ada unsur remix hasil gubahan komposer dan juga teman saya, Mel Ramlan,” kata Fattah.
Sementara isterinya pula menyifatkan ia sebagai satu terjemahan penghargaan mereka kepada penciptadan penyanyi asal lagu tersebut.
“Sebelum itu, ada juga cadangan yang mahukan kami merakamkan lagu baharu tapi bila ada usul seperti ini, kami terima sahaja tawaran itu kerana secara tidak langsung kita meraikan lagu lama yang kita tahu mempunyai ramai peminat,” ujarnya yang kini sedang hamil cahaya pertama mereka.
Bercerita mengenai pengalaman merakamkan lagu itu pula, penyanyi Sayangi Dirimu ini berkata dia dan Fattah merakamkan lagu itu secara berasingan.
“Lagu ini dirakamkan sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kami rakam di studio namun dibuat secara berasingan kerana Fattah pada masa itu sibuk kerana terbabit dalam penggambaran drama.
“Saya harap peminat akan menyukai lagu ini kerana ia juga adalah satu hadiah buat mereka yang menantikan sebuah lagu duet Hari Raya daripada kami,” harapnya optimis.
Lebih menarik, muzik video lagu ini menyaksikan wajah Fattah dan Nur Fazura diabadikan dalam bentuk animasi.
“Pelaksanaan PKP membuatkan penggambaran muzik video ini terpaksa dibatalkan.
“Bagaimanapun, saya dan isteri tampil dengan idea iaitu kami akan muncul dalam muzik video itudalam bentuk animasi.
“Konsep dan jalan cerita muzik video ini adalah cetusan idea kami berdua,” ujarnya lagi.
Memandangkan negara masih lagi melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), urusan promosi lagu ini akan dibuat menerusi media sosial dan juga virtual, termasuk sesi ramah mesra yang juga dilakukan secara atas talian.
Lagu Seloka Hari Raya sudah boleh didapati di semua pelantar digital sejak 15 Mei 2020 lalu.
Sementara itu, rata-rata peminat memberikan maklum balas baik terhadap muzik video yang sudah pun mendapat hampir 10,000 kali tontonan ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

