“Bangun Tidur Pun Handsome, Tak Mandi Pun Wangi,” – Berlakon Iklan Sama, Telatah Sweet Shuib & Isteri Buat Netizen Makan Hati!

Share

Selepas mendirikan rumah tangga, kehidupan pelawak dan penyampai radio, Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah sering kali menjadi perhatian netizen.

Semenjak daripada persiapan perkahwinan sehinggalah ke percutian bulan madu, segala tindak tanduk mereka sentiasa menjadi bahan perbualan di media sosial.

Terbaru, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, telatah Shuib dan isteri ketika mempromosi sebuah produk makanan sekali lagi mencuit hati netizen.

Dalam video tersebut, Shuib dilihat amat teruja dan tidak menyangka dirinya kini sudah pun berkahwin.

Malah, reaksi manja yang ditunjukkan Watie juga nyata membuatkan penonton tersenyum.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah romantis pasangan tersebut selain turut mendoakan semoga Shuib dan isteri kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Happy tengok pengantin baru ni. Bersemut je korang. Akak doakan korang bahagia dengan anak-anak hingga ke syurga. Bahagia itu kita yang cipta. Selainnya berserah pada yang esa,” komen pelakon, Zarina Zainuddin.

“Sweet nak mati. Aku pun nak sweet macam ni,” komen usahawan, Datin Red.

“Watie ini memang manja orangnya. Bergelar suami, manalah tak suka isteri manja macam ni,” kata seorang netizen.

“Watie ni nampak natural. Tak fake pun,” balas seorang lagi netizen.

“Patutlah berjodoh. Ada iras-iras betul mereka berdua ini. Semoga bahagia hingga ke jannah,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, Shuib dan Wati kini sedang menikmati percutian bulan madu mereka di Pulau Langkawi, Kedah.

Sekadar informasi, Shuib telah selamat bergelar suami kepada Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dengan hanya sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Subang Jaya pada 23 Jun lalu.

Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuib Sepahtu

IKLAN