
Pelakon Datin Almy Nadia ada berkongsi gelagat anaknya yang telah memulakan sesi persekolahan, hari ini.
Kongsi Almy, dua anak perempuannya iaitu Arianna dan Ajrora berasa teruja dan gembira untuk hadir di hari pertama sesi persekolahan pada tahun ini.
Difahamkan, sebelum ini sesi persekolahan terpaksa ditutup untuk satu tempoh akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.
“4/1/2021 simpan sini Alhamdulillah harini day 1 utk school anak2( arianna dgn aurora).
“Alhamdulillah diaorg bgn sendiri sbb excited nak pergi sekolah.
“Request nak bawa bekal nasi lemak, Mama bgn pagi2 masak nasi lemak
“Nak bawa air sirap, mama bekalkan air sirap..
Alhamdulillah ini 2 ketul budak tak nagis bila nak g sek.. happy diaorg happy ..
@fizzfairuzofficial,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut berkongsi cerita dan pengalaman di ruangan komen entri berkenaan.
Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Foto: Instagram Almy Nadia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lagu Gatal Ada Versi Raya, Nyanyian Janna Nick Terima Komen Positif Peminat – “Best Pulak Bila Dengar Banyak Kali.”

Selepas lagu single Gatal mendapat sambutan hangat daripada peminat, penyanyi Janna Nick bakal melancarkan lagu single berkenaan dalam versi Hari Raya, Jumaat ini.
Meski belum dilancarkan secara rasmi di platform digital, lagu istimewa itu telah pun mula dimainkan di corong radio tanah air, sejak semalam.
Pada masa sama, Janna turut berkongsi video ‘teaser’ lagu berjudul Gatal Raya itu di Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan memberikan komen positif terhadap lagu single terbaharu bintang berusia 27 tahun itu.
“Excitednyaaaaa!sooooo proud of you kak janna syg, happy to see you success, achieving your dreams, lebiuu much,” luah seorang peminat.
“Nice wooo! proud of you bbg! love to see you happy n lebiuuu kakjanna,” tulis lagi seorang wargamaya.
“Raya Version pn ada…… btambah list lagu raya…..,” puji peminat yang lain.
“Congratulations kak janna,we are so proud of you,tk sabar nk dgr,” titip netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Siapa Inginkan Penceraian,”- Bercinta Dengan Lelaki Muda Dua Tahun, Nonny Nadirah Tenang Berdepan Reaksi Pelbagai Netizen

Pelakon Nonny Nadirah,30, meluahkan rasa di Instagramnya apabila ada segelintir pihak yang mulai mengecam seolah-olah mahu menjatuhkan semangat dirinya ketika sedang menikmati saat bahagia.
Nonny yang lahir menerusi program realiti Akademi Fantasia, sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan pelakon Niezam Zaidi, 28 tahun.
“Hadapi dgn tenang dan senyum tak perlu kata apa-apa. Dibentangkan karpet merah bagi mereka semua yang ingin mengecam, memfitnah dan menjatuhkan.
“Terima kasih kerana telah memenuhkan saham akhirat saya. Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah. beringatlah, kena sentiasa ingat.
“Fitnah dunia akhir zaman, benda yang tak ada boleh diada kan,” tulis Nonny.
View this post on InstagramA post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on
Menurutnya, ada yang iri hati melihat dirinya gembira dan mula menyebarkan fitnah.
“Tiada siapa yang inginkan penceraian. Bodohnya aku seorang yang dulu title nya bujang lepas tu kahwin, lepas tu cerai semata-mata untuk dapat title janda.
“Semua orang boleh jadi baik. Tapi saya tak nak yang baik je, saya nak yang bertanggungjawab.
“Kepada korang yang belum ada experience dalam hal rumahtangga baik senyap kumpul ilmu banyak-banyak macam mana nak kenal & sayang pasangan korang.
“Yang dah kawin mesti faham dengan apa yang saya maksudkan,” tulisnya panjang lebar.
Baginya, jodoh adalah urusan Yang Maha Esa dan dia menerima dengan hati terbuka.
“Tentang jodoh? Itu semua rahsia Allah. Ada jodoh Alhamdulillah, tak ada jodoh tetap Alhamdulillah. Sentiasa sangka baik dengan Allah dan juga sesama manusia.
“Aku dah puas merasa sakit jadi orang nak buat apapun aku dah tak ada rasa apa-apa. Jadi buatlah sesuka hati kamu, semoga Allah sentiasa melindungi kamu.
“Ajar diri simpan niat dalam hati menyayangi sesuatu atau seseorang itu demi kerana Allah nescaya kamu akan bahagia dunia dan akhirat. Percaya pada janji Allah,” tulis Nonny lagi.
View this post on InstagramA post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on
Untuk rekod, Nonny pernah berkahwin dengan Mustain Adnan.
Bagaimanapun, rumah tangganya retak tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka.
Foto: Instagram Nonny Nadirah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baby Rhea Saksi Keluarga Bertaut Semula,” – ND Lala & Fauziah Sarman Hadir Ke Majlis Aqiqah Anak Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah telah pun melangsung majlis aqiqah bagi meraikan anak keduanya, Rhea Akira, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram pada Selasa, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang meluangkan masa menghadiri majlis keluarganya itu.
“Sehari sebelum berangkat ke China, kami mengadakan majlis aqiqah bagi meraikan anak perempuan kami, Rhea Akira.
“Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Shila turut berkongsi foto-foto yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.
Malah, hantaran tersebut turut mendapat perhatian ramai apabila ahli keluarga Shila iaitu ibu, Fauziah Sarmah, Shada Amzah dan Amir Syahiran turut dilihat hadir bersama di majlis berkenaan.
Bukan setakat itu, bapa kepada Shila yang juga merupakan penyanyi senior, Datuk ND Lala juga hadir bagi meraikan hari berbahagia cucunya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat keluarga Shila Amzah kembali disatukan selepas bebebrapa kali berdepan kemelut berpanjagan.
“Alhamdulillah, apa yang berlaku biarkan berlaku. Keluarga tetap keluarga walau apapun terjadi. Didoakan ikatan keluarga ini berkekalan.
“Semoga Allah beri kebahagiaan dan permudahkan segala urusan keluarga ini.
“Baby Rhea jadi saksi tautan semua family semula. Diharapkan perkara lama tidak berulang. Semoga yang baik-baik sahaja buat Sha dan Ubai.
“Ubai contoh suami yang baik. Boleh kumpulkan semua ahli keluarga yang terpisah. Hasil didikan suaminya,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, Shila memutuskan untuk tinggal berasingan dengan ibu dan adik beradiknya bagi memberi tumpuan terhadap kandungannya.
Sekadar info, Shila dan ahli keluarganya pernah berdepan konflik berkaitan urusan penjualan rumah keluarga.
Malah, hubungannya bersama bapa juga dikatakan agak renggang selepas bapanya itu bercerai dengan ibunya.
Terdahulu, Shila dan suaminya, Ubai telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum bercerai pada 2022.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shila Amzah & Danish Iman Thaqif
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI