“Bangun Pagi Mesti Cari Al-Quran Atau Buku Yasin,” – Baru Nak Masuk 3 Tahun, Datin Niena Baharun Dedah Sikap Anak Sulung

Share

Pelakon, Datin Niena Baharun mendedahkan perkembangan anak sulungnya, Adiel Mikael yang kini sudah mencecah usia 3 tahun.

Kongsinya menerusi satu hantaran di akaun Instagram, Niena memberitahu anak lelakinya itu sangat gemar membaca ayat suci Al-Quran setiap pagi.

“Bangun pagi mesti cari Al-Quran @ buku Yasin. Dah jadi macam fav mainan dia, kemana-mana mesti kena bawak,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini meluahkan rasa syukur kerana Adiel kini juga dilihat kian lancar membaca surah meski masih belum fasih bertutur dengan baik.

“Walaupun Adiel baru masuk 3 tahun dan masih belum lancar untuk bercakap, tapi kami perasan bab mengaji laju je dia boleh pickup. Kadang setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Anugerah Allah,” kongsi Niena lagi.

Sekadar informasi, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun telah pun mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada tanggal 1 Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Adiel Mikail,3 dan Alyssa Marissa, setahun.

Foto: Instagram Niena Baharun

IKLAN