Hujung minggu lalu, laman media sosial Twitter dipenuhi dengan aktress dari Malaysia, Shiva Shobitha Kalaiselvan, 34 tahun apabila wataknya dalam drama, Gotham debut Jumaat lalu.

Pelakon kelahiran Lembah Klang tersebut berpangkalan di New York, memainkan watak Lelia, seorang pemimpin kontinjem wanita League of Shadows merupakan seorang yang sangat setia kepada ajarannya.

Berikutan kemunculannya dalam episod, A Dark Knight: One Of My Three Soups, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga apabila ada anak Malaysia berjaya menempa nama di Hollywood.

 

IKLAN

Malah aktres itu sendiri nyata terkejut dengan pujian dan sokongan yang diberikan netizen memuat naik satu ‘tweet’ mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menonton siri tersebut.

IKLAN

Bagaimanapun, melalui pemerhatian MH, ada komen-komen netizen turut menjurus kepada seorang pelakon Malaysia yang sebelum ini mengumumkan bahawa dia akan berlakon dalam filem Marvel namun di saat akhir terpaksa menolak tawaran tersebut.

Bangga! Pelakon Malaysia, Shiva Shobitha Muncul Dalam Drama Gotham Tapi…

Bangga! Pelakon Malaysia, Shiva Shobitha Muncul Dalam Drama Gotham Tapi…

IKLAN

Bangga! Pelakon Malaysia, Shiva Shobitha Muncul Dalam Drama Gotham Tapi…

Pulak dah! Kenapa tiba-tiba nama aktres tu pulak terpalit? Apa-apapun, MH pun tumpang bangga dengan kejayaan anak Malaysia ke pentas dunia.

Pada MH, tidak mustahil satu hari nanti, Shiva bakal mengikuti jejak Datuk Michelle Yeoh di persada antarabangsa.

sumber: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI