“Bangga Kerana Aoki Mengejar Impian Dengan Berani,” – Merupakan Pelajar Universiti Harvard, Anak Kimora Lee Simmons Ikut Jejak Ibu Sebagai Peragawati

Share

Setiap ibu pasti mahu melihat anak mereka berjaya tidak kira dalam apa jua lapangan. Tidak kiralah dalam pelajaran mahupun pekerjaan, doa ibu pasti mengiringi. Aoki Lee Simmons yang merupakan anak kedua supermodel, bintang realiti dan usahawan terkenal, Kimora Lee Simmons nampaknya meneruskan legasi ibunya sebagai seorang peragawati. Dengan tubuh yang tinggi lampai dan wajah yang cantik, auranya jelas terserlah.

Aoki yang kini berusia 18 tahun bukanlah wajah asing dalam dunia fesyen, sejak kecil lagi dia didedahkan dengan dunia ini menerusi perniagaan di bawah jenama Baby Phat. Dalam setiap pentas peragaan jenama itu dia pasti akan muncul bersama ibu dan juga kakaknya dipenghujung pertunjukan.

Aoki mewarisi wajah mirip ayahnya, namun memiliki tubuh tinggi lampai seperti ibunya

Bergelar peragawati, Aoki menjadi pilihan jenama seperti Pyer Moss, Galindo NYC, dan Carlton Jones.

Terbaru, dalam satu hantaran di laman Instagram, Kimora menyatakan keterujaannya apabila Aoki berjalan buat kali pertama untuk Minggu Fesyen Couture Paris.

“Tahniah kepada anak saya Aoki Lee Simmons. Hari ini pada usia 18 tahun dia sedang berjalan di pentas Minggu Fesyen Couture Paris untuk jenama Pyer Moss. Semoga berjaya, kami semua sangat bangga kerana Aoki mengejar impian dengan berani. Lakukan apa yang kamu mahukan, dan mama sedang menangis (kegembiraan). Dan bila habis kerja di pentas peragaan, bersiap pula nak balik ke universiti,” ujarnya.

Ketika menutup pertunjukan fesyen Galindo NYC
Ketika kecil bersama ibu di pentas peragaan.

Untuk pengetahuan pembaca Aoki merupakan anak hasil perkahwinan pertama Kimora bersama usahawan, penulis dan penerbit terkenal, Russell Simon. Selain minat dengan dunia fesyen, Aoki juga seorang pelajar yang bijak. Buktinya, dia diterima masuk ke Universiti Harvard pada usia 16 tahun dan dijangka akan tamat pengajian pada tahun 2023. Bukang calang-calang orang boleh masuk ke universiti ini jika pencapaian akademik tidak cemerlang.

Sumber gambar: Instagram Kimora Lee Simmons, Instgram Aoki Lee Simmons

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN