“Balik Kampung Jumpa…,”- Sedondon Hijau Bersama Dua Isterinya, Ashraf Muslim Doa Moga Allah Tak Tarik Kasih Sayang

Share

Pelakon, Ashraf Muslim berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga untuk meraikan Aidilfitri.

Menurutnya, sudah beberapa bulan tidak berjumpa kerana dia sebelum ini disahkan positif COVID-19, sekembalinya dari menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Inverness, Scotland, penghujung bulan Mac lalu.

“Weekend baru ni blk kampung jumpa family dan dapat berkumpul bersama-sama setelah berbulan-bulan x jumpa. Seronok rasanya.

“Semoga Allah tidak menarik kasih sayang dan hidayah yang telah diberikan kepada kami selama ini dan lindungilah kami ya Allah,” tulisnya.

Bertemakan rona hijau, Ashraf bersama kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi serta anak-anak merakam momen indah bersama famili.

Terdahulu, Ashraf, 39, dirawat di hospital itu sejak 12 April lalu apabila disahkan positif wabak Covid-19 lalu terpaksa menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Untuk rekod,  Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 dan kemudiannya berkahwin dengan dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013.

Ashraf turut dikurniakan empat cahaya mata menerusi dua perkahwinan berkenaan.

Foto: Instagram Ashraf Muslim

IKLAN