Penyanyi tersohor yang juga merupakan juri tetap program muzik terbaru, Big Stage di samping Faizal Tahir secara keseluruhannya berpuas hati dengan prestasi finalis pada minggu pertama saingan, yang dipancarkan secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, menerusi Astro Ria dan Ria HD, pada Ahad.

Bagaimanapun, bagi penghibur ini semuanya akan lebih sengit dan masing-masing perlu melakukan sesuatu  bagi meneruskan saingan untuk minggu seterusnya yang bertemankan Lil Throwback.

Pada masa sama, Siti turut memberi beberapa contoh tips yang boleh digunapakai beberapa peserta demi memastikan persembahan mereka lebih memukau minggu hadapan.

IKLAN

“Bagi saya, bakat tak boleh disimpan seorang diri, kena kongsi. Jadi sebab itulah saya berpandangan beberapa peserta misalnya Ariff Bahran dan Fara Hazel yang agak kaku.

 

“Perlu minta pandangan daripada pihak produksi bagi mencipta sebuah persembahan yang lebih menarik, tetapi pada masa sama tampak selesa apabila berada di atas pentas,” katanya pada sidang media sejurus selesai persaingan minggu pertama.

Kongsinya lagi, setiap peserta juga tidak boleh rasa malu atau malas untuk melakukan latihan demi hasil terbaik.

IKLAN

“Kalian jangan rasa malu, jangan malas sebab perlu buat latihan. Malah kalau sudah rasa selesa sekali pun, tetap kena berlatih demi kepuasan dan cabar diri untuk persembahkan yang terbaik untuk minggu seterusnya,” jelas Siti.

Menerusi persaingan pertama yang tidak berlaku penyingkiran, tiga peserta yang berada di dalam kedudukan paling bawah ialah Tajul, Baby Shima dan Ariff Bahran.

IKLAN

Sementara Sissy Iman pula berada pada kedudukan paling antara di antara finalis lainnya. Noh Salleh pula bertindak sebagai juri jemputan.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI