Bakal Terima Anak Kedua, Ini Reaksi Anak Sulung Idzham Ismail

Share

Merakam video ultra sound cahaya mata kedua, pelakon Idzham Ismail gembira atas kehamilan kandungan isterinya yang memasuki 15 minggu.

Malah,pelakon drama Leftenan Zana turut merakam reaksi si anak sulung, Nur Sofea Inara yang bakal menerima adik baru tidak lama lagi.

“Alhamdulillah , doctor cakap baby active.

“Inara reaction towards her adik is so cute . 2nd checkup,” tulisnya.

Lantas, peminat mendoakan agar urusan bersalin isterinya,Bella dipermudahkan.

Terdahulu, Idzham dan Bella yang juga merupakan pramugari berkahwin pada Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Sofea Inara, 3 tahun.

Foto : Instagram Idzham Ismail

IKLAN