Bakal Lancar Lagu & MV Baru, Elly Mazlein Tanya : ”Ada Ke Orang Nak Tengok? Dengar Kata 4 Orang Je.”

Share

Artis versatil, Elly Mazlein bakal melancarkan single terbarunya, Dusta Cinta ciptaan Aina Abdul dan lirik oleh Wan Zakaria tidak lama lagi.

Kali terakhir pelakon yang sinonim menerusi drama Kampung People itu muncul dengan single solo kira-kira empat tahun lalu iaitu menerusi lagu Jeritan Hati.

Berkongsi perkembangan tersebut di Instagram, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ada memuat naik sekeping foto kandid sedang melakukan perbincangan secara maya.

Elly yang mesra disapa Kak Lina turut melakukan sesi riviu muzik video lagu terbarunya itu dan seperti biasa, kapyen humornya menarik perhatian.

“#virtualmeeting dgn team @liferecordsmy .. siap preview #MV #DustaCinta.

“Kakak lina nak tanya .. ade ke org nak tengok? Dengar kata 4 orang je nak tengok, tu pun katanya, blum kompom lagi. Sedihnya,” tulis hos Lagu Cinta Kita 2 ini.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan buah tangan terkini darinya.

Foto: Instagram Elly Mazlein

IKLAN