Dalam tidak sedar, kita sudah pun hampir ke penghujung ramadan dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, minggu hadapan.

Pastinya minggu ini ramai yang sibuk untuk membuat segala persiapan dan tidak sabar untuk menanti ketibaan hari raya.

“Baju Raya Memang Dah Dapat Sponsor. Jadi…” – Cerita Raya Tajul Di Tahun Kedua Sebagai Selebriti

Begitu juga dengan artis yang semakin meningkat dan dikenali ini, Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari yang popular dengan lagi Melamar Rindu.

IKLAN

Kongsinya kepada, dia sudah pun membuat persiapan awal untuk Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi.

“Untuk Raya kali ini, segala persiapan sudah pun siap awal, sebab baju raya memang dah dapat sponsor. Jadi saya nak tambah siki-sikit untuk diri sendiri,”

 

IKLAN

“Kuih raya pun saya belum beli lagi, mungkin saya akan cari hujung-hujung nanti,” katanya

 

IKLAN

Tajul yang kini turut giat memprosikan single bersama Wany Hasrita menambah, sambutan rayanya sama sahaja seperti tahun sebelumnya, meski ini merupakan tahun kedua sambit raya sebagai selebriti.

 

“Tiada perbezaan. Sama je seperti tahun lepas sebab saya masih bergelar artis juga, jadi benda sama je yang berlaku, macam biasa jumpa keluarga dan bergambar bersama,” katanya kepada MH.

Wow! Untung menjadi selebriti, dapat tajaan baju raya lagi tu!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI