KUALA LUMPUR 12 November 2015. Penyanyi, Maya Matahari. NSTP/ Nurul Syazana Rose Razman.

Penyanyi serta pelakon, Meyanaliza Ruslee atau lebih mesra disapa sebagai Maya Matahari, kini membuka lembaran baharu selepas 22 tahun berkecimpung dalam dunia seni dengan menceburi bidang perniagaan.

Baju Raya Maya Matahari Terbakar

Walaupun sibuk dengan kerjaya dan perniagaan, Maya Matahari tetap tidak lupa dalam melakukan persediaan buat keluarganya setiap kali menjelang lebaran. Malah maya juga akan pulang ke kampung halaman dengan lebih awal bagi membantu ibunya melakukan persiapan.

IKLAN

Selain keseronokan berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara, penyanyi ini juga tidak menang tangan melayan kunjungan peminat di kediamannya.

Setiap orang bukan sahaja artis pasti memiliki satu pengalaman raya yang tak akan kita lupakan sehingga kini. Maya Matahari yang kini makin bertambah cantik dan jelita, turut mempunyai pengalaman pahit semasa hari raya.

IKLAN

Jika diingatkan kembali sudah pasti kenakalannya sewaktu zaman kecil sukar untuk dilupakan. Menurut Maya,baju raya kesayangannya penah terbakar akibat keseronokkan bermain bunga api sewaktu bermain bunga api bersama sanak saudara. Selain itu, Maya juga pernah merasai kehilangan duit rayanya akibat kecuaiannya sendiri.

“Hampir separuh kain baju raya terbakar akibat terkena bunga api.Selepas itu kaki saya pula terpijak bunga api dan masa itu saya hanya mampu menangis sahaja kerana bertimpa-timpa pula masalah yang datang.

 

“Selain itu saya pernah kehilangan duit raya selepas puas berjalan keliling kampung.Saya merupakan seorang yang suka mengumpul duit syiling,apabila tahu duit saya sudah hilang sudah pasti saya akan sedih.Selepas itu saya lebih berhati-hati supaya duit raya saya tidak hilang lagi,”kongsi wanita yang cukup menggemari hidangan Sambal Goreng Jawa, Rendang Daging serta Lontong ketika Syawal menjelma.

 

IKLAN

Sumber : Media Hiburan Julai 2016

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI