
Pelakon, Nad Zainal berazam untuk lebih berjimat cermat dalam membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, termasuk dalam soal menyediakan baju baharu buat keluarganya.
Menurut Nad, dia sebolehnya elak cuba untuk berbelanja besar kerana mahu memanfaatkan wang tersebut untuk perkara yang lebih penting seperti pendidikan anak-anak.
“Baju raya sudah beli bawah harga RM100 dari TikTok. Misi nak berjimat tahun ini. Nak simpan untuk anak anak, tuisyen dan sebagainya.
“Jenama murah murah sahaja awak. Yang penting lawa,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu menerusi beberapa hantaran di aplikasi Threads.
Asal Cantik & Selesa
Dalam masa sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu mendedahkan dia juga sudah membeli baju raya buat sendiri yang berharga bawah RM80.
“Ini baju raya kita awak. Murah kan? Tak percaya ke? Saya sangat kedekut. Yang penting lawa. Brand letak tepi,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Nad turut memaklumkan dia perlu membuat persediaan lebih awal kerana dia bakal sibuk dengan jadual kerja dan enggan bersesak untuk membeli-belah menjelang Ramadan nanti.
“Ada pula yang kata, belum puasa sudah heboh beli baju raya. Saya puasa tak kan berjalan-jalan. Saya nak kerja dan fokus masak dekat rumah.
“Anak sekolah lagi. Ini pun beli online. Baju sekolah pun saya beli awal. Saya tak suka kalut,” kongsinya.

Netizen Puji Sikap Berjimat, Utamakan Pendidikan Anak
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Nad untuk lebih berjimat cermat dan bijak berbelanja.
Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan netizen;
“Orang cantik, pakai baju murah pun jadi mahal dan cantik.”
“Saya pun sudah beli baju keluarga Oktober lepas. Memang cari yang murah-murah je. Janji bertukar. Lima beranak tak nampai RM170.”
“Betul tu. Dah bukan masa dah kejar trend baju siapa paling lawa. Yang penting selesa nak bersila dekat kampung nanti plus ada anak kecil ni.”
“Terbaik sis. Saya pon beli yang murah-murah sahaja. Pentingkan untuk pelajaran anak-anak seperti tusyen, mengaji dan duit buku anak-anak.”
Sekadar informasi, Nad dan suami, Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Indera Puteh Al Maajid yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, Nad pernah berkahwin dengan Muhamad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015, namun rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian pada tahun 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, Nad dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




