“Baju Lengan Besar, Tapi Pakai Juga Arm Socks, Supaya Bahagian Nak Cucuk Saja Terdedah,” – Mira Filzah Berkongsi

Share

Pelakon popular, Mira Filzah sempat mengingatkan kepada kaum wanita untuk mengenakan pakaian yang sesuai serta mudah ketika hari vaksinasi.

Perkara tersebut dijelaskan pelakon Sweet Dreams itu menerusi Insta Story selepas ditanya seorang peminat mengenai persalinan sesuai untuk dikenakan ketika mengambil vaksin.

Mira berkongsikan pengalaman memandangkan dia baru sahaja mendapatkan suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca.

“Mira pakai baju lengan besar, senang nak singsing lengan. Tapi Mira pakai juga arm socks, supaya bahagian nak cucuk sahaja yang terdedah. Lengan tak terdedah.

“Kebetulan dalam cubicle ni, ada seorang pegawai perubatan lelaki, seorang lagi perempuan. Lega Mira pakai arm socks daripada rumah,” kongsinya.

Sementara itu menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, ada berkongsikan pengalaman dan suasana ketika menerima suntikan vaksin dos pertamanya itu.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air selesai menerima suntikan pertama vaksin antaranya Elfira Loy, Azira Shafinaz, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Neeta Manis, Datuk A. Aida dan ramai lagi.

Foto: Instagram Mira Filzah

IKLAN