“Bahenol Membawa Maksud Lucah. Hentikan Ikuti Si Nopal,” – Ini Pesan PU Azman. Ada Netizen Bantah Sebab…

Share

Sedang tular  klip yang membawa pesanan PU Azman berkenaan Si Nopal yang dikatakan bermaksud lucah.

“Saya merujuk beberapa orang tentang maksud bahenol. Saya merujuk dalam kamus maksud bahenol. Bahenol membawa maksud lucah.

“Maka oleh yang demikian, saya telah delete semula video tentang lagu berkhemah dengan anak Nopal. Saya mohon maaf kepada netizen. Saya menyarankan supaya tidak menyebut perkataan dan mengikuti lagi sebarang perkembangan tentang Si Nopal ataupun bahenol tersebut.

Bahenol bermaksud bentuk badan perempuan yang ghairah montok,” ulasnya menerusi video yang dimuatnaik.

Namun,  netizen pula mempunyai pendapat tersendiri. Ada yang setuju dengan pandangan PU Azman, namun ada juga yang menegaskan bahawa maksud bahenol adalah gemuk.

Si Nopal merupakan karakter kartun dari Indonesia yang mengisahkan dua adik beradik. Watak ini popular apabila Wany Hasrita mula memuatnaik klip nyanyiannya di laman Instagram.

Foto – Facebook Viral Media Johor

IKLAN