Bagusnya Boss! Hargai Team ‘Cakenis’, Hanis Zalikha Isi Masa Bersama Di Taman Tema

Share

Tidak dinafikan, untuk menceburi dalam bidang perniagaan bukan satu perkara yang mudah.

Malah, banyak perkara yang harus dititikberatkan terutama sekali soal perkerja yang perlu diambil kira.

Baru-baru ini, pelakon Hanis Zalikha telah meluangkan masa bersama perkerjanya di taman tema permainan, Sunway Lagoon.

Difahamkan, ia sebagai tanda bagi menghargai segala usaha perkerjanya yang komited dalam menjayakan perniagaan yang diuruskan bersama suami, Hairul Hazreen.

“Time, money & effort spent on the people you love is never wasted. These people are family to us and making them happy makes us happy.

“Not only they work hard for the team, they always shower us with beautiful doas for our rezeki together,” tulisnya.

Lantas, perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendapat pujian daripada peminat.

Bukan itu sahaja, peminat turut memuji sikap mulia dan penyayang Hanis terhadap pekerjanya.

Sekadar informasi, Hanis dan suami telah mula menceburi bidang perniagaan seperti tudung dan produk kecantikan sekitar tahun 2015.

Foto: Instagram Hanis Zalikha

IKLAN