“Bagi Mereka Covid Adalah Asbab Untuk Allah Uji Keimanan,” – Ashraf Muslim Kongsi Keadaan Wad, Ditempatkan Bersama Pencinta Al-Quran

Share

Pelakon Ashraf Muslim yang disahkan dijangkiti virus Covid-19 berkongsi pengalaman menyambut Ramadan di hospital bersama pesakit yang lain.

Dia mengakui cukup tersentuh melihat kesungguhan teman yang kusyuk membaca Al-Quran dan cukup tenang melalui ujian yang diturunkan.

Ujian disifatkan sebagai asbab untuk Allah menguji keimanan seseorang.

“Assalamualaikum… Hari ni AM tersentuh hati bila melihat kesungguhan mereka membaca alquran dalam keadaan yg mereka semua adalah pesakit Covid19 yg cukup di geruni dan ditakuti.

“Tapi mereka disini sungguh tenang melalui segala macam disini. Bg mereka covid adalah asbab utk Allah uji keimanan seseorang itu.

“Allah rindukan kita utk mengadu padanya, bermanja denganNya. So.. bulan ramadan ini dipenuhi dgn aktiviti-aktiviti yg mendekatkan diri dgn Allah yg satu. Salah satunya membaca Al Quran.

“So rakan-rakan mari lah kita penuhi masa dgn membaca dan mendekatkan diri dgn Al quran.. dan berdoalah sepuas-puasnya… insyaallah Allah akan bantu kita semua.. Percayalah kawan-kawan. Dari kami wad 31, PKKN,” kongsinya.

Dalam pada itu, Ashraf turut berkongsi tazkirah Subuh berkenaan hadis Rasulullah SAW yang menyebut mengenai memberi peringatan kepada ahli keluarga terdekat mengenai sunnah dan amaran Rasulullah SAW.

“Walaupun kami di wad, tak semestinya kita tak boleh belajar kan.. InsyaAllah apa yg saya dengarkan utk anda tadi harap dapat amalkan dan sampaikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kita yer,” kongsinya lagi.

Ashraf Muslim disahkan positif COVID-19, sebaik pulang selepas menjalani penggambaran drama bersiri di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu.

Foto : Instagram Ashraf Muslim

IKLAN