“Bagi Alamat, Tak Nak. Bagi Nombor Akaun Dulu,” – Uqasha Tempah 6 Set Kenduri Shanell Harun, Tolak Kalau Bagi Free

Share

Pereka fesyen dan pengusaha restoren, Shanell Harun baru-baru ini mendedahkan sikap pelakon, Uqasha Senrose yang tidak mengambil kesempatan dalam persahabatan yang terjalin di antara mereka.

Menurut Shanell, bintang drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu berminat untuk menempah beberapa set hidangan daripada perniagaan yang diusahakan, namun cuba menolak sekiranya menu berkenaan dihantar secara percuma.

Shanell memuat naik tangkap layar perbualan di antara mereka menerusi Instagram baru-baru ini.

“Pagi2 jenuh bergaduh dgn @uqashasenrose2. Dia order 6 set kenduri Dapoq Schombi. Dia duk mintak no acc, Nell saja xmau bagi.

“Bukan apa, kami dah macam adik beradik. Tapi dia insist juga. Mau tak mau kena bagi jugak la. Satgi dia merajuk,” tulisnya Shanell.

Dia pada masa turut memuji sikap Uqasha dan mengucapkan terima kasih buat kakak kepada Nelydia itu.

“Ni baru betul namanya support kawan2. Walaupun dia celebrity nama besar, dia insist nak bayar. Kita sebagai kawan sampai jadi segan.

“Ni la kot rahsia dia murah rezeki sbb selalu support small bisnes mcm kami. Alhamdulillah. Ni bukti dia @dapoqschombi bukan buat paid review.

“Kami masak ikhlas, org repeat order. Thank you so much @uqashasenrose2,” tulisnya lagi.

IKLAN