“Bagi Aku Jolok Mata Orang Belakang Tu,” – Fad ‘Syok’ Layan Syahdu Tapi Gelagat Wanita Bertopi Petani Tu Memang…

Share

Mendendangkan lagu nyanyian Irwansyah berjudul Camelia versi akustik, nyanyian Fad Bocey harus dipuji dan sedap di halwa telinga.

Namun yang menjadi kelakarnya, mata sukar beri tumpuan gara-gara wanita bertopi di belakang yang menganggu pandangan.

Ada sahaja aksi dilakukan, malah kain yang sepatutnya dilipat, asyik dikibas beberapa kali.

“Lagu wajib karok zaman sekolah,spe suke lagu ni????mohon maaf kan auntie belakang sy tu,dia tengah cari surat kabar lama dan barang terpakai,tu topi aku semua dia saukkk”

Terhibur dengan aksi Nur Syahirah A. Rahman, Achey turut memberi reaksi mahu menjolok mata wanita tersebut.

Malah, ada yang menggelarkan isteri Fad sebagai petani moden berdasarkan pemakaiannya di dalam video.

Kain yang dilipat juga menjadi persoalan, ulas netizen, tidak penat ke lipat kain yang sama berulang kali.

Foto – Instagram Fad Bocey

IKLAN