Bagai Semalam Baru Dilahirkan, Bayi Sulung Ikmal Amry, Cailie Kini Genap Sebulan Usianya

Share

Syukur nikmat dengan kehadiran permata hati pertama, pelakon Ikmal Amry memaklumkan anaknya, Cailie sudah berusia satu bulan.

Menerusi Instagram, Ikmal yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Pulau Movie berkongsi beberapa foto kandid bersama Cailie.

“Pejam celik sebulan dah anak daddy Cailie binti Mohd Zulikmal Amry,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pelakon berusia 27 tahun ini membesar sebagai anak solehah.

“Congratulation mas Amry semoga anak nya menjadi Sholeh dan berguna bagi agama dan bangsa,” tulis seorang peminat.

“Congrats,” titip seorang wargamaya.

“Syukur alhamdulillah,” luah lagi seorang peminat lainnya.

“Comel dan simple je nama,” puji peminat.

“Cailie is Arab name. The meaning of ‘Cailie’ ; kekasih,” peminat berikan pencerahan.

Terdahulu, Ikmal mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang juga bintang media sosial, Najla Shamsul pada 19 Disember 2020.

Selepas itu, Najla selamat bergelar ibu selepas melahirkan Cailie secara normal pada 30 Disember lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN