“Badminton Tak Jadi, Air Paip Kering…,” – Ini Harapan Lee Chong Wei Sempena Hari Lahir Ke-38

Share

Lagenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei ada meluah beberapa hasrat bersempena dengan hari lahirnya yang ke-38.

Menurut Chong Wei, meski suasanya agak berbeza dek kerana penularan wabak Covid-19, dia tetap bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

“Birthday tahun ni agak special. Covid datang lagi. Travelling tak dapat. Badminton tak jadi. Party tak lepas. Air paip kering!

“Tapi mungkin sebab itulah minda tenang, dapat saya betol-betol ambil masa menghargai suara anak-anak ketawa. Senyuman isteri. Sembang nakal dengan Mak. Kebahagiaan hidup simple sebenarnya, kan?

“Hajat hari jadi Chong Wei tahun ni, semoga semua kawan-kawan sihat-sejahtera, bersabar dan berhappy-happy, bersama-sama kita kasi tewaskan Covid,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pemain nombor satu dunia itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Chong Wei turut berharap agar krisis politik dan air yang melanda negara ketika ini dapat diselaikan dalam masa terdekat.

“Biar tamak sikit tahun special ni, semoga perkhimatan bekalan air negara ditingkatkan, dan kestabilan politik negara.

“Terima kasih kepada semua yg mendoakan sempena sambutan ulangtahun kelahiran,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat ikon sukan negara itu.

Sumber: Instagram Datuk Wira Lee Chong Wei

IKLAN