Ads

Badan Sado Zul Ariffin Buat Peminat Cair

Pelakon lelaki popular, Zul Ariffin memang terkenal dengan sifat romantiknya setiap kali memegang watak hero dalam drama berunsur cinta.

Terbaru menerusi akaun Instagram Zul sendiri, dia ada berkongsi gambar dirinya tidak memakai baju dan semua sudah sedia maklum Zul memiliki tubuh yang tegap atau lebih mudah disebut ‘sado’.

Perkongsian gambar tersebut adalah untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya yang bertajuk Tombiruo Penunggu Rimba.

“Parang sudah mau keluar!! 1 HARI LAGI???

#Tombiruo #TombiruoMovie #PenungguRimba #SiapaTombiruo #NamanyaDigeruni,” tulisnya di ruangan kapsyen gambar yang dikongsikan.

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Rata-rata daripada peminatnya terutama kaum wanita benar-benar teruja melihat tubuh Zul yang sasa itu.

Ads

zara4733: ya allah hero pujaan hati ni..xpnh xsuke..sntiasa sado d hati

sherrlily_76: ???wowww muscles?..handsome?

ryaalgul: WUISSHH SEKSI SIAAAAA …MELT NENEK I KT SARAWAK

Ads

azieazhar_cla: Rasanya ni penunggu rimba yg paling kacak kot ??…best of luck #TombiruoMovie

hamidvirgo1975: Peehhhhh cayalah bro…..mantap lah….ader style jdi super herooo ni….jdi rambooo ke….??????

Dalam filem Tombiruo Penunggu Rimba ini, Zul telah memegang watak sebagai Tombiruo atau namanya di dalam filem ini, Ejim.

Ads

Bagi anda yang meminati novel tulisan Ramlee Awang Murshid ini pasti akan lebih teruja untuk menonton filem yang diadaptasi ini.

Marilah kita beramai-ramai menyaksikan filem Tombiruo Penunggu Rimba ini kerana ianya sebuah filem yang pasti tidak akan mengecewakan anda.

Sumber: Instagram Zul Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Syurga Saya Tetap Di Bawah Tapak Kaki Dia,” – Anna Jobling...

Pelakon, Anna Jobling memanjatkan rasa syukur apabila hubungannya bersama ibu tercinta, Ariz Raop kini sudah kembali pulih.
error: Hello. Cannot.