Pengacara dan penyampai radio, Radin memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta, awal tengahari selasa.
Menurut Radin, dia telah melakukan ujian saringan kendiri selepas kerap mengalami gejala sakit tekak setiap kali bangun dari tidur.
Bagaimanapun, keputusan kit ujian saringan berkenaan telah menunjukkan keputusan negatif, pada awalnya.
Namun, penyampai radio berusia 31 tahun menduga apabila disahkan positif Covid-19, selepas menjalani ujian saringan dan pemeriksaan di klinik swasta berkenaan.
“22.2.22. Harini orang lain punyalah excited, ada yang bernikah, bersanding, celebrate birthday malah ramai juga rakan-rakan selebriti yang menimang cahaya mata @erniezakri @syamel_official & @kakaazraff .. Happy for you!
Ads
“Tapi harini, tarikh yang menduga buat saya setelah disahkan POSITIVE Covid-19 apabila selesai buat ujian RTK (Real-Time Kinematic) di @kumpulan_megaklinik_zahran tengahari tadi,” katanya.
Radin turut memohon ramai agar terus menjaga diri.
“Symptoms saya hanya sakit tekak bila bangun tidur then terus buat saliva test, namun resultsnya NEGATIVE. Hati tak sedap, terus call @kai_kaklong & @muazmahmudm sebab nak buat swab test & resultnya POSITIVE.
Ads
“Kini, badan baru nak rasa sengal-sengal sikit & juk-juk. Please jaga diri korang!!!,” tulisnya lagi.
Serentak dengan itu, Radin turut memohon maaf kepada semua yang telah menjadi golongan kontak rapat atas segala kesulitan yang berlaku.
Ads
“So, saya mohon maaf kepada individu-individu yang “close contact” dengan saya & untuk urusan kerja boleh menghubungi pihak pengurusan @era.je atau pengurus saya @eddy.algojo.
Kehilangan ibu tercinta dua tahun lalu ternyata memberikan kesan mendalam buat pelakon, Datuk Aaron Aziz.
Jika dahulu kepulangannya ke Singapura menjadi antara perkata yang dinanti, bagaimanapun kiniperasaan tersebut sudah berbeza.
“Jika dahulu balik ke sana mahu jumpa ibu, tetapi selepas pemergiannya, memang saya sudah tawar hati. Perasaan pulang ke Singapura itu berbeza kini.
“Tidak terlalu mengharapkan sangat untuk dapat pulang ke sana. Malah dalam keadaan saya sibuk juga menyebabkan saya tidak terlalu fikirkan.
“Tambahan pula dengan keadaan sekarang agak sukar untuk pulang ke sana. Tetapi isteri saya baru saja pulang bersama anak-anak, jadi sempat juga mereka bertemu keluarga di sana.
“Anak lelaki saya juga memang berada di sana. Jadi bila di ke kubur ibu saya dan berkongsi memang momen itu cukup menyedihkan sebab anak saya tidak sempat pulang ketika ibu saya meninggal,”katanya.
Aaron dalam pada itu turut berhasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan haji bersama isteri, Dayana Halik, selepas lima kali mengerjakan umrah.
“Selepas lima kali buat umrah, kali ini memang saya dan isteri harap sangat dapat tunaikan yang wajib. Ikutkan saya adalah rombongan terakhir yang meninggalkan tanah suci Mekah sebelum pelaksanaan sekatan perjalanan kerana Covid-19.
“Memang saya sangat rindukan bau tanah suci itu sendiri, selepas hampir dua tahun tidak ke sana, semoga ada rezeki untuk saya dan isteri,” katanya yang sudah tiga tahun memasarkan produk wangian di bawah jenama sendiri, The Oud by Aaron Aziz.
Mengulas mengenai perkara itu, bintang Pisau Cukur ini tidak menafikan dia sekarang kian selesa bergelar ahli perniagaan.
Sementara itu bercakap mengenai produk berkenaan, Aaron bersyukur dengan penerimaan baik pengguna terhadap tiga produk di bawah jenamanya kini.
Lebih membanggakan, The Oud by Aaron Aziz turut menerima anugerah Minyak OUD terbaik 2021 daripada Astro GoShop.
“Melalui The Oud by Aaron Aziz kami mempunyai tiga produk. Sabr Oud Edp Parfum, Jameela Oud Edp Parfum dan yang terbaharu terbaru Al-Bayt Home Fragrance.
“Selepas hampir tiga tahun, penerimaan pengguna sangat memberangsangkan. Malah saya turut bersyukur maklum balas yang diberikan rata-rata memberitahu wangian The Oud by Aaron Aziz memenuhi citarasa mewah selain pada harga yang cukup murah,”katanya.
Melihat perkembangan The Oud by Aaron Aziz dari awal pengenalannya, Aaron yang juga ahli Lembaga pengarah Nori Malaysia Sdn Bhd. mendedahkan, dia sendiri tidak sangka apa yang dimulakan sebagai satu kepuasan diri ini membawa kepada satu peluang yang cukup besar untuk dia meneroka dunia perniagaan sekarang.
“Bila diberi ruang Nori Malaysia untuk saya muncul dengan wangian sendiri saya memilih bauan popular tanah suci. Kalau kita tahu bauan Oud ini memang mahal, jadi bila saya kenalkan bauan ini di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz dengan harga yang jauh lebih murah ramai yang tidak percaya.
“Tetapi di sini apa yang saya utamakan adalah kualiti pembuatan selain memastikan ia setanding dengan bauan antarabangsa lain.
“Ketika saya mulakan The Oud by Aaron Aziz juga menjadi niat saya untuk membantu orang di luar sana memulakan perniagaan. Jadi bila dalam tempoh PKP lalu, memang ini antara yang banyak membantu mereka.
“Alhamdulilah sepanjang tiga tahun hampir 100,000 botol sudah terjual selain pasaran Malaysia, antara yang negara lain yang turut memberi sambutan yang baik adalah Singapura dan Brunei,” jelasnya.
Aaron juga akan memperkenalkan produk terbaharu tidak lama lagi.
“Buat masa ini kami sedang merancang untuk mengeluarkan satu lagi produk baharu di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz. Cuma buat masa ini kami memberi tumpuan kepada tiga produk ini dahulu, terutamanya Al-Bayt Home Fragrance.
“Jika selalunya wangian hanya untuk badan, melalui produk Al-Bayt ini kami mencuba wangian untuk rumah. Mungkin disebabkan pandemik yang melanda dunia ketika ini ramai yang menggunakan bauan ini di rumah kerana rindu untuk ke sana.
“Selain itu melalui Nori Malaysia juga saya bersyukur produk The Oud by Aaron Aziz juga mudah didapati. Ketika ini semua produk kami berada di rangkaian Aeon di seluruh negara antaranya MidValley, Maluri Bukit Tinggi, Shah Alam, Cheras Selatan, Nilai dan banyak lagi.
“Selain itu, ia juga boleh didapati di Wetex, Muar yang juga outlet Nori,” tambahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida turut memberikan reaksinya sejurus Iqbal Zulkefli selesai membuat persembahan di saingan minggu kedua Big Stage yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Usai membawa beberapa komen yang diberikan pengguna media sosial, Vida selaku Presiden Netizen musim ini berpendapat, bekas pembantu peribadinya itu tidak layak berada di pentas Big Stage.
Dia bagaimanapun memuji keberanian Iqbal yang masih lagi boleh tersenyum meski ada yang memberikan kritikan.
“Saya tak sangguplah nak baca banyak lagi (komen netizen) tapi saya rasa Iqbal, mungkin netizen boleh ambil kebaikan di pihak dia iaitu awak lali kecaman. Tidak kisah, tidak hirau dan awak boleh tersenyum lagi, kuat seperti yang saya kenal. Ini kena ambil contoh.
“Tetapi sebagai Presiden Netizen saya buat kerja, bukan tak buat. Minggu lepas saya tengok pelbagai kecaman, jadi virus kepada industri. Perlukan ‘booster’ kali ini.
“‘Boosternya’ saya perlu menyuarakan, ketepikan segala-galanya iaitu sebagai Presiden Netizen saya bersetuju dengan netizen bahawa kita perlu menghormati juri profesional. Kita perlu hidangkan dengan peserta berkualiti.
“Kita perlu jujur dan berlaku adil kepada peserta Big Stage 2022 dan industri. Saya tak nak perkara macam ini ada dalam industri. Jadi saya selaku Presiden Netizen mengatakan kamu tak layak berada dalam Big Stage,” katanya.
Selesai 11 peserta membuat persembahan, Iqbal diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir selepas mengumpul markah paling rendah, iaitu 9.2 peratus.
Sementara itu, Elica Paujin menjadi bintang yang menjuarai konsert minggu kedua dengan meraih markah sebanyak 84.6 peratus.
Minggu ini, Aina Abdul diundang sebagai Juri Juara sementara Mas Idayu dan Datuk Seri Vida masing-masing menduduki kerusi Juri Pedas dan Presiden Netizen.
Setakat ini, 11 peserta dijadualkan bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Permulaan di bulan pertama tahun 2026, Astro tidak menunggu lama untuk meneruskan cengkaman dan rentak kecemerlangan sebagai antara peneraju ‘Home Of Originals’ yang menyajikan kandungan-kandungan yang lebih segar buat para penontonnya.