Pengacara, Maria Tunku Sabri memaklumkan dirinya kini sedang menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang selepas tahap kesihatannya dilaporkan menurun akibat jangkitan wabak Covid-19.
Menurut Maria, ketika diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, bacaan darahnya dilaporkan menurun dan degupan jantungnya juga dikatakan bergerak dengan sangat laju.
Meskipun tempoh kuarantinnya hanya berbaki tiga hari lagi, namun Maria terpaksa dibawa menaiki ambulan bagi mendapatkan rawatan susulan dan pemantauan rapi.
“Pengakhirannya saya ke Maeps. Lagi tiga hari sahaja kuarantin, saya diarah ke Klinik Kesihatan Hulu Klang. Saya gagal bacaan darah tinggi rendah, jantung laju dan masih demam.
“Allahuakbar, subhanallah, aku reda Ya Allah. Aku terima sakit penghapus dosa, insya-Allah,” tulisnya.
Ads
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program, Jalan-Jalan Cari Makan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Rabu.
Dikesempatan itu juga, Maria turut memohon maaf dan berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“To all families and friends I would like to apologise and forgive me maafkan segala dosa dosa saya selama ini seikhlas ikhlasnya.
Ads
“Saya mohon keluarga dan sahabat sedekahkan saya surah Al-Fatihah semoga dengan khasiat surah dapat menyembuhkan saya dengan izin Allah SWT, Ameen3 Saya sayang anda semua,” kongsinya lagi.
Menerusi klip video yang dikongsikan itu, Maria turut dilihat mengalirkan air mata saat menaiki ambulans.
Menilihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Maria.
Ads
“It’s okay you will be fine,” kata Nad Zainal.
“Semoga Kak Maria cempat sembuh dan semuanya dipermudahkan buat kak Maria. InsyaAllah Aminn,” doa pengacara, Nurul Syuhada Nurul Ain.
“Syafakillah kak. Moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” ujar pelakon dan juga penyanyi, Erra Fazira.
Beberapa hari lalu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Maria memaklumkan berkemungkinan besar dia dijangkiti Covid-19 daripada suaminya ketika berada di Ipoh, Perak.
Menerusi program bual bicara Malaysia Hari Ini, pelakon Ashraf Muslim telah diundang menjadi tetamu jemputan secara virtual bagi berkongsi pengalaman usai kembali sembuh selepas disahkan positif Covid-19.
Meski telah sembuh dan bebas daripada wabak penyakit tersebut, Ashraf antara lain mengakui ada mengalami masalah kesihatan lain yang terjejas.
“Sewaktu saya kena Covid tu, saya menjalani kuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke wad di Hospital Sungai Buloh. Pada awal lagi saya sudah berasa sakit di bahagian bahu tapi lama-lama rasa sakit itu hilang.
“Tapi selepas saya keluar daripada hospital, saya mendapatkan rawatan tentang sakit bahu saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur (PPUM).
“Selepas menjalani pemeriksaan, doktor memberitahu kesakitan di bahagian bahu saya oleh kerana otot tubuh badan yang mengecut, yang mungkin berpunca daripada virus atau hentakkan.
“Jadi doktor memberitahu ini antara salah satu punca saya mengalami sakit itu memandangkan saya pernah menghidap penyakit Covid-19 sebelum ini,” katanya.
Ashraf menambah, ia masih berlaku meski sudah mendapatkan rawatan pada bulan Januari lalu.
“Saya dah dapatkan rawatan pada bulan Januari lalu namun dalam tempoh masa enam bulan dia akan jadi balik. Itu sebabnya saya sakit balik di bahagian bahu saya.
“Doktor juga memberitahu apabila virus sudah masuk ke dalam badan kita, ia masuk ke saluran darah dan darah itu akan mula mengecutkan otot kita. Mungkin ada juga masalah saluran darah yang berlaku disebabkan virus itu,” kongsinya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun ini turut memberitahu, dia ada mengalami sesak nafas dan cepat berasa letih.
Terdahulu, Ashraf disahkan positif Covid-19 pada 12 April tahun lalu.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berasa gembira selepas hampir tiga bulan duduk di rumah bagi menangani wabak pandemik Covid-19, pelakon Datin Almy Nadia membawa anak-anaknya bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur malam tadi.
Almy dan suami, Datuk Fizz Fairuz mahu menggembirakan anak-anak dengan menikmati keindahan kota raya.
“Ini kejadian tgh malam td,pukul 1245tghmalam,dia nak sgt sgt tgk klcc hampa tau.. pak dia pun bawa lalu depan klcc..adoi laa..
“Punya seqonok tak hingga la,dok nampak klcc tu.. muka happy la apa lag.. si ayra lena.. sampai ja rumah,siaurora ckp”adik td kakak tengoq klcc,sian adik tak tengoq klcc..
“Punya la depa seqonok klcc,daqi sehaqi sehaqi nak p tengoq klcc,dah tak buleh keluaq nak p tengoq lagu mana,last malam tadi tercapai nak tengoq klcc..
“Dah balik lena sungguh sampai berdengoq siap pakej ngigau lagi.. tq papa depa bawa anak2 tengoq klcc @fizzfairuzofficial ..
“Inilah ragam anak2 masa kecik … siap pakej tghmalam pakai baju qaya lagi hampa tau.. jadi kan kenangan utk depa ms besaq nnt,” tulisnya.