Aktres Tasha Shilla memberitahu kini dia tidak lagi meletakkan soal perkahwinan sebagai sasaran utama dalam kehidupannya kini, meski usia sudah pun mencecah 31 tahun.

Tasha bagaimanapun turut mengakui fokus dan keutamaannya kini adalah terhadap kerjaya dan tidak mahu hal berkaitan jodoh membebankan hidup.

Malah dedahnya kepada MH, pengalaman lalu banyak mengajar dan adalah lebih baik buatnya kini untuk terus memacu perjalanan dalam kerjaya biar lebih sukses pada masa depan.

Tasha atau nama lengkapnya, Natasha Sheila abdul Razak berkata demikian sebagai mengulas adik-beradiknya kini yang sudah pun mendirikan rumah tangga kecuali dirinya.

IKLAN

Baca Penjelasan Tasha Shilla Soal Kahwin, Risau Atau Tidak Digelar Andartu?

“Adik lelaki saya pun sebelum ini sudah pun berkahwin dulu. Tapi tiada masalah besar kerana kami pun masih tinggal bersama, duduk sekali.

 

“Pada awal-awal dulu masa putus cinta memang stres. Tetapi sekarang, fokus dan matlamat saya hanyalah pada kerjaya saya. Dulu memang fokus kahwin tetapi kini hanya pada karier, kerja tak fikir pasal kahwin. Nak kata sudah habis fikir soal kahwin tu tak juga, tetapi keutamaan sekarang untuk karierlah,” katanya jujur.

Pun demikian, Tasha juga tidak menolak andai bertemu jodoh dalam tempoh fokusnya terhadap kerjaya.

IKLAN

“Saya terima saja. Cuma kalau mengenai soal teman lelaki tu, saya tidak mahu kongsi selagi tiada cincin atau rombongan, dia bukanlah pasangan yang tepat untuk saya. Pengalaman lalu mengajar.

 

“Jadi apa yang dirasakan personal, saya akan simpan sebab selagi tiada ikatan yang sah, rasanya tak perlulah diheboh-hebohkan. Macam-macam benda boleh berlaku,” jelas Tasha yang turut berkongsi, pada fasa sekarang, dia lebih selesa untuk berkawan dengan mana-mana lelaki sebelum keralih ke satu fasa serius di dalam perhubungan.

Dalam perkembangan lain, bintang cantik ini turut beraksi di dalam drama rantaian, Air Mata Syurga di samping Afiq Muiz, Haliza Misbun dan ramai lagi.

IKLAN

Drama 30 episod itu bersiaran menerusi saluran HyppSensasi (116), Unifi TV setiap Isnin dan Selasa jam 9.00 malam.

Foto: Instagram Tasha Shilla

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI