Zaman dah maju tapi sering kali kita terdengar kisah-kisah orang yang terkena penyakit misteri ni kan?

Kadang-kadang MH terfikir juga, betul ke atau sengaja dibuat-buat, mana tahu auta je kan?

Namun begitu, kita yang tak mengalaminya tentulah tak tahu bagaimana azab bila terkena sakit yang tidak diketahui puncanya.

IKLAN

Begitulah yang dirasai oleh Datuk Aaron Aziz apabila pernah terkena satu sakit misteri beberapa tahun lalu.

“Ada masa kita diganggu oleh benda ghaib, tiba-tiba datang dan bila check doktor, mereka pun tak tahu sakit apa.

“Alhamdulillah, kenal dengan seorang hamba ALLAH SWT, dia suruh amalkan surah-surah Ruqyah.

“Masa mula-mula amalkan tu, ada rasa nak muntah semua.

“Bila dah selalu amalkan, perlahan-lahan sakit itu baik,”katanya ketika ditemui di Sidang Media Aaron Aziz Series Ruqyah Edition di Galeri Top Khat Shah Alam, semalam.

Tambah Aaron lagi, bila dah merasai azab sakit misteri in, dia sangat menghargai saat‘Baca Al-Baqarah Kat Telinga, Kalau Panas Adalah Benda Tu’- Aaron Aziz Kongsi Pengalaman Diganggu ‘sihat’.

IKLAN

 

IKLAN

“Bila dah sakit, kita hilang nikmat makan, nikmat seronok, masa dengan orang tersayang.

“Masa itu baru sedar tidak ada gunanya duit banyak tapi kesihatan menyedihkan.

“Anak-anak pun kadang-kadang cakap ‘miss the old daddy’, memang waktu tu (sakit) terasa sangat,” jelasnya lagi.

Menerusi perkongsian Aaron, sakit misteri yang dialaminya bermula tahun 2008.

Sementara itu, Aaron turut memberikan pandangan beliau kepada mereka yang turut mengalami sakit misteri ini.

“Baca surah Al-baqarah di telinga dia kalau rasa panas tu adalah benda tu.

“Baca dan amalkan untuk diri kita sendiri juga,”jelasnya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI