Berita

“Baby Masih Bergantung Dengan Tube Pernafasan,” – Kai Hassan Bersyukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Sulung

Share

Penyampai radio, Kai Hassan menzahirkan rasa syukur selepas isterinya, Azna Anowar selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan pada petang Selasa.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Kai atau nama sebenarnya Abdul Karim Hassan menerusi satu hantaran di Instagram.

“Alhamdulillah syukur ya Allah untuk kamu Ellara Hawra. Semalam pukul 4.30 petang wife saya selamat melahirkan baby pertama kami,” tulisnya.

Dalam masa sama, penyampai radio, Suria FM turut memaklumkan anak perempuannya itu masih di dalam pemantauan dan bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

“Tapi baby masih bergantung dengan tube Penafasan lagi. Tak mengapalah, semoga cepat sihat Ellara . Dada nak balik rumah ni. Penat dah. Semoga jadi anak solehah,” ujarnya.

Dedikasi Buat Isteri

Kai turut merakamkan ucapan penghargaan buat isteri tercinta yang telah bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung mereka.

“Buat isteri, terima kasih untuk pengorbanan ini. Semoga awak pun cepat baik. Tak senang duduk tahu tengok awak beranak ceaser ni,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, Kai dan Azna telah mendirikan rumah tangga pada 2021.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Kai Hassan

Published by
Aizam Manaf