Selepas usahawan, Liana Rosli selamat melahirkan anak keempatnya minggu lalu, puteri yang diberi nama Cinta Carissa itu menjadi perhatian kerana dikatakan sudah pun mempunyai gigi.
Bukan sahaja dipuji kerana kecomelannya sebelum ini, namun video yang dikongsi Liana atau sinonim disapa sebagai Kak KM di Instagram yang merakam bentuk gigi dan gusi anaknya yang baru berusia dua hari ketika itu menjadi buah mulut.
Malah hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 120,000 tontonanbersama komen pengikut yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing.
Ads
Serentak dengan itu, Kak KM meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dikurniakan.
“Alhamdulillah anak mama bawak tuah. Hari kedua dah tumbuh gigi,” tulisnya ringkas.
Ads
Cinta Carissa dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg.
Untuk rekod selain Cinta, Liana dan suaminya Razman Ramli juga dikurniakan dua anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun.
Penyanyi popular, Wany Hasrita mendedahkan dirinya telah mengambil pendekatan untuk berhenti seketika daripada menggunakan platform media sosial bagi memberi ruang buat dirinya untuk berehat.
Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, tahun 2021 sememangnya telah memberikannya banyak pengajaran terutamanya menerusi fasa jatuh dan bangun.
Katanya lagi, waktu yang terluang itu telah dimanfaatkan dengan menyertai aktiviti berkhemah di hutan.
“Tahun 2021 saya dipenuhi dengan fasa jatuh dan bangun. Banyak sebenarnya perkara yang saya belajar.
“Apa yang membuatkan saya berasa agak ‘down’ itu ada berkait rapat dengan hal peribadi saya. Iman seseorang itu pun boleh naik dan turun, ini kan pula mental manusia.
“Baru-baru ini pun, saya ambil keputusan untuk berehat setika daripada menggunakan media sosial tetapi tidaklah lama sangat sebab saya pun ada tuntutan kerja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Pedas itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk Flavettes Nutriskincare yang berlangsung di Vogue Lounge, Menara Suezcap 1, Bangsar pada Rabu.
Enggan mengulas lanjut mengenai sebab utama dia berehat seketika daripada media sosial, Wany menyifatkan perkara tersebut sebenarnya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
“Lebih kurang empat hari saya deactivate akaun media sosial. Kemudian saya buat aktiviti masuk ke hutan untuk program perkhemahan. Di situ saya berehat seketika dan tenangkan diri.
“Sebenarnya, setiap perkara yang berlaku pasti ada penyebabnya. Apa yang buatkan saya ‘trigger’, saya tak boleh nak kongsikan kerana ia melibatkan hal yang sangat sensitif.
“Antara sebab lain mungkin saya terlampau fokus pada kerja sampai tiada masa untuk beri perhatian pada diri sendiri. Mungkin ini masanya untuk saya mengasingkan diri sekejap dan kemudian kembali semula dengan fresh start,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah media sosial ini merupakan platform yang sangat toksik, ini reaksi balas yang dikongsikan oleh pemenang anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu;
“Nak kata media sosial saya ni toksik pun tak juga sebenarnya. Saya jarang menerima komen-komen yang buruk melainkan ada benda yang saya buat.
“Jadi, pada hari-hari biasa saya jarang dapat komen-komen negatif atau kutukan. Saya sangat bersyukur dengan perkara tersebut. Saya cuma ingin berehat dan tenangkan diri buat seketika,” akhirninya.
Dalam perkembangan lain, Wany bakal melancarkan single terbarunya yang berjudul Sang Purnama hasil kolaborasi bersama penyanyi Wani Syaz.
Malah, lagu duet Tragedi Cinta yang merupakan dendangan asal Achik Spin dan Siti Nordiana yang kini dinyanyikan semula Wany dan Tajul telah pun trending di tangga ke-7 di platform YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro merupakan antara selebriti yang aktif membantu mangsa yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini.
Terbaru, selepas mengadakan beberapa tinjauan di kawasan, Ajak dikatakan telah bertemu dengan sebuah keluarga yang turut mengalami kerosakan harta benda disebabkan musibah banjir.
Sayu mengenang nasib keluarga berkenaan, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak berbesar hati menghadiahkan sebuah televisyen di rumahnya buat keluarga tersebut.
Kisah tersebut dikongsikan isteri kepada Ajak, Afifah Amin menerusi hantaran di laman Instagram.
“Ni lah laki aku, kalau hati dia terjentik,
dia buat apa jerk. Kita bini nie supportlah, asalkan hati dia senang. Sebab dia macam nie lah, ibu tumpang rezeki Baba atas doa orang kat Baba.
“Terima kasih Baba. Tahniah makcik dapat tv baru,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menurut Afifah lagi, Ajak seorang lelaki yang mudah tersentuh, lebih-lebih lagi bila melihat kesusahan yang terpaksa ditanggung orang lain.
Malah, dia juga akan sentiasa menyokong tindakan suaminya itu dan mendoakan agar keluarga mereka akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum dengan keperibadian yang ditunjukkan Ajak.
“Alhamdulillah, terima kasih Ajak sebab bantu family saya dan beri hadiah tv semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
“Allahu, ingatkan beli baru. Benda yang kita sayang, kita bagi dekat orang. Memerlukan. Mulianya, masyaAllah
“Ajak insan hebat. Berlinang air mata sis. Semoga Allah murahkan rezeki Ajak sekeluarga dan dikurniakan rezeki yang tak putus-putus.
“Sayu tengok senyuman mak cik tu. Tahniah dapat gembirakan hati,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Ajak merupakan antara selebriti yang turun padang membantu mangsa yang terkesan akibat banjir sejak dari hari pertama
Sebuah video yang memaparkan Ajak membantu seorang bapa yang sedang mengendongkan anaknya untuk mengharungi arus banjir turut telah tular di seluruh platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Diva pop terkenal ini sudah lama menderita akibat sistem conservatorship yang dikenakan kepada dirinya. Setelah lebih 13 tahun hidupnya dikawal oleh ayahnya sendiri, akhirnya kini dia bebas dan boleh melakukan keputusan sendiri.
Menerusi hantara-hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini benar-benar menikmati kebebasan yang baru dimilikinya.
Terbaharu, khabar yang dirinya bakal mendirikan rumah tangga telah tersebar luas. Menurut laporan sumber dalaman kepada US Weekly, bintang terkenal itu sudah pun dalam proses untuk merangka persiapan perkahwinannya. Umum mengetahui yang dia sudahpun bertunang dengan model dan juga jurulatih kecergasan, Sam Asghari pada September lalu.
Menurut sumber, “Britney sudah tidak sabar untuk berkahwin dan memulakan kehidupannya. Mereka telah pun memulakan perancangan dan Britney sangat gembira kerana dia akhirnya boleh membuat keputusan ini.”
Sejak kes conservatorship ini dibawa ke mahkamah, dan mendapat liputan hangat seluruh dunia, hubungan Britney dan keluarganya tidak begitu baik. Dia sendiri menyatakan yang ahli keluarganya banyak menyakitinya dan mempergunakannya hanya untuk mendapatkan wang.
“Buat masa sekarang, tidak ada seorang pun daripada ahli keluarganya yang dijemput untuk ke perkahwinan tersebut,” jelas sumber tersebut lagi.
Mengimbau kembali kes conservatorship penyanyi yang mula meledak namanya menerusi lagu Baby One Time ini. Sejak tahun 2008 dia tidak boleh mengurus atau membuat keputusan sendiri apabila hakim meletakkan penjagaannya dibawah ayahnya.
Sebelum timbulnya isu ini, peminat-peminatnya mula menjalankan kempen #FreeBritney apabila mereka boleh menghidu yang hidup bintang pujaan mereka itu dikawal oleh keluarganya. Britney kemudiannya pada Jun lalu berbicara kepada umum tentang sekatan undang-undang terhadap kehidupannya.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.