Pasangan pempengaruh yang sinonim dengan gelaran ‘Durian Kimchi’, Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim, memaklumkan mereka telah pun menyambut kelahiran cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsikan di Instagram, berkongsi bahawa putera mereka selamat dilahirkan pada Rabu, jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta.
Apa yang menarik, bayi seberat 3.67 kilogram (KG) itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya.
“19 Februari 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19 Februari 1992,” tulis Ryzal.
Luah Rasa Syukur
Dalam perkongsian sama, Ryzal turut meluahkan rasa syukur dan berharap agar mereka dapat menjalankan amanah ini dengan seikhlas hati.
Ads
“Syukur dengan anugerah dan rezeki yang Allah kurniakan, semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” kongsinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah serta doa untuk bayi comel mereka.
Ads
Hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 37,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi tampil membuat permohonan maaf kepada pelakon, Ellie Suriaty berikutan ketelanjurannya mempersenda nama pelakon tersebut di dalam videonya di Tik Tok, baru-baru ini.
Menurut Imran, dia terpaksa mengambil masa untuk membuat permohonan maaf ini untuk menilai semula segala tindak tanduknya sebelum ini.
“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam video Tik Tok saya yang telah menyinggung perasaan puan. Saya mohon maaf kerana ambil masa sedikit lama untuk bertenang dan muhasabah.
“Tujuan video tersebut seratus peratus tidak berniat untuk menyinggung mana mana pihak, seperti video-video saya sebelum ni, ia hanyalah parodi random.
“Saya sebagai peminat dan yang mengidolakan puan dan pelakon-pelakon lain yang saya sebut namanya, nama-nama terkeluar secara spontan di setiap video
saya,” tulisnya.
Permohonan maaf itu dikongsikan sendiri oleh
Imran menerusi hantaran di Instagram Stories.
Dalam pada itu, Imran turut mengakui kesilapan dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam membuat konten lebih-lebih lagi bila melibatkan nama orang lain.
“Walaubagaimanapun, saya mengakui kesalahan saya bahawa nama-nama tidak boleh dipetik apatah lagi diperolok-olokkan
walaupun sekadar jenaka.
“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah berlaku. Saya hargai teguran Puan dan saya akan menganggap ini adalah pengajaran terbesar untuk Imran seumur
hidup,” ujarnya.
Dalam pada itu, Imran turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Ellie untuk memohon maaf secara bersemuka.
“Dengan penuh rendah diri, sekiranya puan sudi, saya berharap dapat berjumpa dengan Puan secara peribadi untuk menyampaikan permohonan maaf saya secara bersemuka dan tertutup.
“Saya percaya ini adalah langkah terbaik untuk menunjukkan keikhlasan saya dalam memperbetulkan keadaan,” akhirinya.
Sebelum ini, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu kerana mendakwa sudah mencalarkan namanya menerusi video TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.
Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar didakwa kecewa dengan tindakan Imran apabila didakwa memuat naik konten menggunakan namanya sehingga merosakkan reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sempena pembukaan rasmi jualan tiket konsert Amy Search Magic yang bermula semalam, legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, mengumumkan tema busana khas bagi peminat yang bakal menghadiri konsert berprestij tersebut.
Konsert solo sulung figura hebat ini dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April depan.
Mengangkat tema ‘Rock It Like Amy’, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, senang sekiranya peminat untuk tampil dalam gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock.
Menurut Amy, tema tersebut bukan sekadar pilihan gaya berpakaian tetapi simbol penghormatan terhadap evolusi muzik rock serta perjalanan seninya yang menjangkau lebih empat dekad.
“Saya berharap peminat dapat memeriahkan konsert ini dengan penampilan yang meraikan jiwa rock sejati,” katanya.
“Saya nak semua yang datang ke konsert ini menghidupkan kembali gaya rock yang pernah saya gayakan sejak empat dekad lalu hingga sekarang.
“Sama-sama kita rasai pengalaman dunia rock yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 80-an dan masih mendapat tempat sehingga kini” katanya.
Amy menambah, pemilihan tema itu juga selari dengan konsep konsert yang bakal menampilkan pelbagai elemen magis dan luar biasa.
“Konsert ini bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah perjalanan muzik yang penuh magis dan kenangan buat peminat.
“Saya percaya sentuhan hebat Jennifer Thompson selaku pengarah konsert serta pimpinan muzik yang akan diketuai oleh Rie Tsuji, konsert ini akan mengembalikan segala nostalgia dan memberikan kenangan manis kepada semua,” katanya lagi.
Tiket untuk konsert ini sudah mula dijual dan harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Lagu Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kalimah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap individu yang memiliki tubuh badan bersaiz besar (Plusize) terutamanya para wanita pastinya mendambakan gaya yang mengikuti perkembangan fesyen semasa demi kelihatan cantik dan versatil seperti mereka yang bersaiz normal.
Tapi ramai diantara golongan plusize kurang keyakinan untuk bergaya, terutamanya dalam mengenakan warna-warna terang. NONA berjaya mendapatkan tips perkongsian daripada pengacara dan personaliti TV, Sherry Al Hadad yang sentiasa tampil menyerlah dan stailo dalam setiap penampilan yang di peragakan olehnya!
Menurut Sherry, sebagai figura bertubuh montel dia juga tidak pernah terlepas dari segala tohmahan, kecaman mahupun kritikan. Namun, jika terlalu asyik mendengar cakap-cakap orang susah bagi dirinya untuk maju kehadapan.
Selain itu, Sherry turut menitipkan pesan agar wanita yang bertubuh gempal yakin dalam menggayakan warna-warna bertona lembut tanpa terlalu memikirkan kelihatan lebih gemuk atau sebagainya jika ingin berfesyen dan kelihatan bergaya.
“Setiap kali Sherry berada di atas pentas atau ketika berlakon, Sherry gemar tampil dengan penampilan berfesyen. Walaupun kadang kena kecam, ada orang suka dan ada yang tidak suka. Tapi kita letak ketepi pandangan mereka, sekurang-kurangnya kita sudah mencuba.
“Selalunya golongan plusize ni, mereka takut nak menggayakan warna pastel kerana bimbang tubuh akan kelihatan lebih besar, but no guys kita akan nampak very demure, very cutesy look at me,” selorohnya.
Tambahnya lagi, ketika memilih fesyen yang sesuai untuk diperagakan, Sherry menitikberatkan dua perkara iaitu jenis fabrik dan keselesaan dalam menatarias gaya dan stail sebagai personaliti TV.
“Cuaca di Malaysia ni panas, jadi pemilihan fabrik amat penting terutama untuk mereka yang plusize. Jadi pastikan memilih material fabrik yang mempunyai keupayaan untuk menyerap peluh.
“Dalam masa sama, wanita plusize seperti Sherry amat pentingkan keselesaan, kedua mestilah sopan.
“Sebagai plusize ni ada beberapa pekara yang kita perlu tutup, janganlah kita tunjukkan pada orang. Asalkan kita dapat menutup cela-cela dan aib tu inshaaAllah okay,” jelasnya lagi.
Mungkin diantara anda ada yang masih tercari-cari baju raya yang sesuai untuk digayakan oleh si tubuh gempal, MH ada berita baik, untuk wanita montel di luar sana yang nak melaram sakan pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nanti tau!
Tahun ini pelopor pakaian Plusize, Misclaire telah berkolaborasi dengan designer ternama Nurita Harith demi menghidupkan mimpi dan impian para remaja plusize di luar sana!
Menariknya! Terdapat enam koleksi pakaian very classy, very demure yang tercipta hasil dari kolaborasi Misclaire x NH yang dilancarkan pada hari ini! Korang wajib dapatkan sebab semua koleksi direka dengan keunikkan dan keselesaan tersendiri khusus buat golongan plusize!
Sherry pun teruja tau dengan kolaborasi yang julung kali diadakan ni.
“Bila misclaire collabs dengan designer ternama seperti Nurita Harith, pastinya ia menjadi satu benchmark kerana ramai golongan plusize yang sememangnya berminat menggayakan rekaan atau baju daripada Nurita Harith tapi kerana kekangan dan selalunya bila kita tengok model semuanya kurus dan petite, jadi impian tu hanyalah tinggal kenangan ya.
“Tapi kali ini bila Misclaire dan Nurita berkolaborasi bersama, adalah satu perkara yang amat menggembirakan bagi kami, bila dapat pakai baju Nurita tu, terus rasa macam kayangan lah.
“Paling Sherry suka ialah Nurita berani untuk mengambil warna-warna pastel,” katanya.
Untuk rekod, koleksi Pesona Raya kolaborasi antara Misclaire x Nurita Harith menawarkan pilihan saiz bermula dari M sehingga 7XL dan boleh di dapatkan secara atas talian menerusi website Misclaire atau korang boleh walk in terus ke Butik Misclaire yang terletak di Taman Sea PJ (HQ), Sogo KL, Shah Alam, IOI Putrajaya dan Taman Damansara Aliff JB.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...