Categories: Berita

“Baby Babi? Dato Ni Perangai Macam Tenggiling,” – Baby Shima Persoal Masih Meroyan, DS Aliff Syukri Kata Jangan Fitnah

Share

Seakan tidak berkesudahan, DS Aliff Syukri dan Baby Shima dilihat masih 'berperang' gara-gara isu pandangan mengenai single terbaru Aliff, Cowok Baru.

Daripada isu penyanyi tersingkir, suara seperti Giant dan saman mahkamah, kini dikatakan Baby Shima melemparkan fitnah kepadanya.

Aliff dilihat berkongsi paparan skrin komen penyanyi yang muncul menerusi single Pura Pura Bujang itu dan mendakwa dia difitnah.

Apa? Baby BABI? Dato ni perangai macam tenggiling. Kata tak nak melayan tapi masih meroyan. Lain kali tengok full video di youtube Shima dulu. Jangan dengar sebelah pihak sahaja.

“Ya Allah kenapa cakap macam tu?? awak tahu tak fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh?? abang tak pernah cakap macam tu apa kecewa kenapa Syima fitnah abang??

Penyanyi wanita itu yang kini berada di Indonesia turut berkongsi rakaman video menunjukkan jutawan itu menyebut namanya beberapa kali.

Agaknya apa pula episod pergaduhan seterusnya memandangkan Aliff baru sahaja memuat naik IG TV terbaru berkaitan hal sama.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri dan Baby Shima

IKLAN