“Baby A Selamat Dilahirkan,”- Angah Raja Lawak Selamat Timang Anak Sulung, Hasil Perkahwinan Kedua. Tahniah!

Share

Pelawak Angah telah mengumumkan kelahiran cahaya mata sulungnya bersama isteri tercinta, Amira Asyura Abd Razak.

Berita gembira itu dikongsikan Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim di laman Instagramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum Aunties n Uncles! Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan di permudahkan, baby A selamat di lahirkan pada 16/02/2019..

“Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan, yg bagi kata2 semangat, petua nasihat dan kepada pihak2 yg berbesar hati sponser baby A..

“Have a good day everyone,” tulis Angah.

Malah, foto tersebut telah dihujani komen netizen memberi ucapan tahniah diatas kelahiran bayi comel itu.

Untuk rekod, Angah dan Amira berkahwin pada Februari 2016 selepas 10 tahun pelawak tersebut bergelar duda dan mempunyai seorang anak.

Foto : IG Angah Raja Lawak

IKLAN