Ketika ini, penonton drama rantaian Melayu kini sedang mengikuti perjalanan drama 28 episod, Cinta Bukan Kristal yang didukung Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad.

Meski baru sahaja memasuki episod kedua, namun rata-rata peminat memberi maklum balas yang baik terhadap drama berkenaan.

Ayda ketika ditemui MH memanjatkan rasa syukur terhadap penerimaan positif ramai, meski gandingannya bersama suami kepada Noor Nabila itu bukanlah yang pertama.

“Alhamdulillah atas penerimaan yang baik. Meski baru ditayangkan, tetapi sudah ada yang suka dan sebagai pelakon, saya mewakili produksi mahu rakamkan rasa terima kasih atas sokongan. Harapnya ia berterusan sampai penghujung,” katanya.

Pada masa sama, Ayda turut ditanya sama ada perlu atau tidak diwujudkan adegan romantis atau bersentuhan demi memastikan mesejnya sampai, penyanyi lagu Mata ini mempunyai reaksinya sendri.

IKLAN

Katanya, penonton semasa kini kian bijak menilai dan sebagai penggiat seni, dirinya perlu mencari sesuatu cara lain demi menyampaikan maksud menerusi sesebuah adegan.

IKLAN

“Bagi saya masing-masing ada pandangan sendiri. Cuma bagi saya penonton sekarang sudah bijak. Meski tidak saling bersentuhan mereka sudah dapat agak pasangan pelakon ini berlakon sebagai orang bercinta. Mungkin daripada segi mimik muka, tonasi dan sebagainya.

 

“Misalnya bersama Sharnaaz, meski dia suami orang tetapi kali saling profesional. Malah saya dan Nabila pun baik. Dalam drama ini, memang tak ada adegan peluk langsung. Babak sentuh tangan pun boleh dikira dengan jari. 

 

“Malah kalau ada adegan yang perlu bersentuh pun, rasanya kita mungkin boleh buat cara lain,” katanya optimis. 

“Sentuh Tangan Pun Boleh Dikira Dengan Jari,” – Reaksi Ayda Jebat Fasal Adegan Dalam Cinta Bukan Kristal

Dalam perkembangan lain, Ayda juga kini sedang menantikan waktu sesuai untuk melancarkan single terbarunya, Temberang. Ikuti sedutan temu bual bersamanya menerusi FB Live MH.

IKLAN

Perlu ke ada adegan peluk-peluk melampau dalam drama? Ini pendapat Ayda Jebat

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 8 August 2018

Foto: Instagram Ayda Jebat

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI