“Babak Darah Yang Banyak Di Muka…,” – Elizabeth Tan Akui Krew Misteri Delaila Ada Terdengar Suara ‘Entiti’. Tapi…

Share

Berkongsi pengalaman menjadi ‘hantu’ menerusi Misteri Dilaila, bintang berusia 25 tahun ini memberitahu, dia disolek 3 jam hanya untuk satu babak selama 3 saat.

Untuk dapatkan shot hantu, saya disolek 3 hingga 4 jam tapi babak itu hanya keluar 3 saat.

“Lepas itu, babak darah yang banyak di muka, kena kekal macam tu sampai 8 jam semata-mata untuk menjaga konti,” ulasnya yang memegang watak Dilaila.

Mengakui tidak pernah takut akan hantu, penyanyi lagu Semua Sudah ini turut memberitahu, ada terdengar kisah mistik yang berlaku ketika penggambaran.

Katanya, kru produksi seringkali mendengar suara wanita masuk dalam rakaman sedangkan tiada sesiapa ketika itu.

Bagaimanapun, Lizzy menjelaskan suara ‘entiti’ itu tidak pernah mengganggunya.

Saya tak percayakan hantu sebab tak pernah alaminya sendiri. Sebenarnya saya teringin nak jumpa hantu. 

Saya nak tanya apa mereka nak? Mereka bosan ke? Kenapa nak kacau kita?” Selorohnya sambil ketawa.

Terdahulu, Lizzy ditemui media pada majlis Malam Gala Misteri Delaila di MMCinelplex, Damansara. 

Turur hadir memeriahkan sesi tersebut ialah rakan pelakon, pihak produksi dan media. Misteri Delaila bakal menjengah pawagam 21 Februari depan. 

Foto – Instagram Elizabeth Tan/ Ihsan Skop Productions/ Astro Shaw

IKLAN