Dipertahan teman baik, Mila Jirin, katanya Nonny punya sebab tersendiri dan hanya Allah Maha Mengetahui.
“Ada SEBAB kenapa Nonny selalu UPLOAD video makanan….. Sabar yaaaaa ….. Non mana yg komen2 xbaik jgn d simpan d dlm hati… Sbb ALLAH maha mengetahui.”
Ads
Netizen tidak bersetuju dengan tindakan pelakon jelita ini kerana ia menyebabkan orang yang tidak berkemampuan sedih.
“Saya bukan nk mempersoalkn pon tp bile Ada org yg xmmpu beli tgok then terliur, apa perasaan mereka..lain lah klau dia review mknn(berniaga/kerja) or bt tutorial (ilmu) Saya fhm.. klau rakam saje2 sy xleh hadam knapa.”
Ads
Nonny bagaimanapun mengambil positif komen yang ditinggalkan netizen dan menyifatkan setiap yang ditulis menggambarkan keadaan hati masing-masing.
“Biarkan mereka berkata-kata. Geli hati dan kesian terhadap mereka yg sedaya upaya nak bertelagah sama masing2..sya aku ambil & tgk mana komen yg positif je sbb aku rasa yg komen baik2 ni diorg lagi tinggi ilmunya dan baik akhlaknya.. bila kita nak jadi baik,biarlah disekelilingi dgn org yg baik2.. baca semua benda yg baik2.
Ads
“Nak menegur pun dgn cara yg baik2.. sbb tu kita diajar berprasangka baik,kadang baru dicuit sikit dah semua dikait..mcm x belajar tentang fast forward vid,org tu edit ke tak vid tu.. bunyi tu mmg bunyi asal ke.. tu aku rasa kesian dan mereka memalukan diri mereka sendiri.. bila kita post atau buat benda yg tidak baik lagi lah dikeji dikecam,bila kita post or buat benda baik pun akan kena benda yg sama.. jadi teruslah berbuat baik.. Dear lovers & haters … I LOVE YOU gaiss!,” tulisnya panjang lebar.
Netizen berterusan memberi komen pelbagai dan ada yang memintanya memadamkan video ini.
Foto – Instagram Nonny Nadirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon versatil, Fasha Sandha baru-baru ini ada berkongsi foto throwback sekitar tujuh tahun lalu, ketika dia sedang menanti detik untuk diijabkabulkan ketika perkahwinan pertama.
Mengenakan baju kurung moden dwirona putih dan ungu pastel hasil ilham pereka Rizman Ruzaini, pelakon drama Teratai Kemboja itu tampak ayu disolek juru mekap, Saidatulnisa.
Menerusi ruangan kapsyen, Fasha yang kini menantik detik untuk disatukan sebagai suami isteri bersama tunang, pelakon Fasha Sandha memohon agar semuanya akan dipermudahkan.
“Kisah lalu April 2012. Namun make up dan baju ni masih in trend sampai sekarang. Rizman dan Kak Sai adalah insan2 yang hebat.
“Bila tengok gambar lama ni, macam2 perasaan, semoga Allah Permudahkan segalanya. Amin…sama tak muka ibu 7 tahun? tulisnya yang mengikat tali pertunangan dengan Aidil pada 18 November tahun lalu.
Terdahulu, Fasha Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia dan Putri Raysha Jemyma.
Foto: Instagram FashaSandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Juara Lagu ke-33 yang sudah pun sukses dianjurjan Ahad lalu memberi 1001 momen bermakna buat pencinta seni tempatan.
Dari senarai pemenenang, konsep persembahan sehinggalah kepada barisab artis dan komposer yang bertanding, semuanya menjadi perhatian dan buah mulut ramai.
Misalnya beberapa hari lalu, seorang pengguna Twitter ada memuat naik sekeping foto persembahab Siti Sarah yang bersaing menerusi lagu Semakin. Menariknya, dalam ramai yang kurang perasan mengenai penampilan Sarah pada malam itu, individu ini merakam penyanyi berkenaan yang tidak mengenakan kuku palsu secara penuh.
“When your nails fall off buat you still gotta go perform at #AJL33,”tulisnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada isteri kepada Shuib itu memang sengaja atau tidak sempat untuk mengenakan kuku palsu yang disediakan.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.