Uncategorized

Azwan Kombos Kongsi Gambar Ezzaty Abdullah Di Hospital, Ini Penjelasan Sebenar!

Share

Terkejut MH melihat beberapa gambar yang dikongsikan oleh Azwan mengenai kesihatan isterinya.

Tiada angin dan ribut tiba-tiba sahaja, Ezzaty kelihatan gemuruh terbaring di atas katil sorong hospital seperti sedang bersiap sedia untuk melakukan pembedahan.

Walaupun tidak memberitahu apa-apa infomasi tentang kesihatan isterinya, namun jelas kelihatan Ezzaty seperti gementar dan bersungguh menenteramkan dirinya sepanjang video tersebut dimainkan.

Walaubagaimanapun ramai yang tertanya-tanya apakah yang terjadi pada isteri Azwan itu,

Namun melalui Harian Metro, Ezzaty memberitahu dirinya terpaksa menjalani pembedahan payu dara kerana mengalami masalah bengkak susu.

Katanya, benkak tersebut telah lama dan mula bernanah. Malah tidak menyangka akan jadi ketahap begini.

Tambahnya, ia semakin teruk sejak pulang dari singapura dan terpaksa di bedah segera.

Bagaimanapun, melalui akaun instagramnya, Ezzaty memberitahu dia sudah selamat melalui proses pembedahan dan perlu menjalani rawatan mencuci luka selepas dikeluarkan dari hospital.

Apapun MH doakan yang terbaik buat Ezzaty dan mudah-mudahan ia dapat disembuhkan dengan segera.

IKLAN