Azwan Ali Negatif Covid-19

Share

Hos senior, Azwan Ali memaklumkan dirinya disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian swab baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan pengacara yang sinonim disapa sebagai Diva AA ini menerusi satu hantaran di Instagram.

Sambil menzahirkan rasa syukur, Azwan turut mengucapkan terima kasih atas doa semua.

“Confirmed report by MSU. Swab test Covid-19 for truly Diva AA? Negatif! #airmatakesyukuran.

“Ta 4 all doa. Diva AA selamat form Covid-19 #alhamdulillah,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut sama bersyukur dan mendoakan agar urusan hos Cinta Kita 2 ini dipermudahkan.

Terdahulu, sejurus Alif Satar disahkan positif Covid-19 minggu lalu, kebanyakan rakan artis terutamanya yang terlibat dengan program separuh akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM) turut sama menjalankan kewajipan mereka dengan melakukan ujian saringan.

Malah, syukur apabila kesemua penyanyi yang menjalani ujian setakat ini dilaporkan negatif.

Bagaimanapun, mereka kini tetap sedaya-upaya cuba mengekang penularan pandemik apabila melakukan inesiatif sendiri dengan melakukan kuarantin.

IKLAN