Azmi Caliph Busker Dedah Pernah Tolak Tawaran Lumayan, Mahu Hargai Nilai Masa Dengan Si Isteri

Share

Menerusi perkongsian di Facebook baru-baru ini, vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat ada berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar penyanyi hingga dikenali seperti hari ini.

Status panjang lebar yang dikongsikan itu juga antara lain turut menyentuh mengenai kisah rumah tangganya ketika dirinya awal-awal bergelar penyanyi.

Azmi pada masa sama turut mendedahkan, ada ketikanya dia terpaksa menolak cara baik tawaran persembahan meski melibatkan bayaran yang tinggi demi mengisi masa bersama isteri tersayang, Nazira Muhammad yang dikahwininya sejak beberapa tahun lalu.

Azmi meyakini bahtera rumah tangga yang dibina atas rasa kasih sayang seorang isteri yang sanggup hidup sudah dan senang lebih memberi makna dan diberkati.

Azmi berkongsi, dia ada berbual dengan seorang kenalan yang sudah pun berpisah dengan isteri gara-gara tiada persefahaman memandangkan kerjanya yang tidak menentu lalu membuatkan bekas isteri merungut.

Lalu, bekas pemenang Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-29 itu mengakui dia dan isteri pernah melalui pengalaman hampir sama, yang mana dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan persembahan nyanyian atas kekangan masa bersama isteri.

Lalu, mereka juga pernah berselisih faham dan si isteri ada membuat luahan dirinya sangat memerlukan suami di sisi pada waktu malam. Malah, Nazirah turut menyatakan dia tidak kisah untuk hidup susah bersama andai suami tercinta sering ada di sisinya.

Akhirnya, Azmi mengambil keputusan mengenai pendiriannya dan andai memerlukannya dalam tempoh yang agak lama, pihak pengurusan perlu memaklumkan lebih awal bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Selepas mengambil pendirian itu, Azmi mengakui ada ketikanya dia rasa tertekan bila mana ada yang membuat telahan dia takut isteri dan sebagainya. Bagaimanapun, dirinya tekad selepas memandangkan isteri adalah tanggungjawab suami.

Foto: Facebook Azmi Saat

IKLAN