Konsert Big Stage 2019 minggu ketiga nyata memberi kejutan buat penonton apabila salah seorang pesertanya, Aziz Harun mengumumkan untuk menarik dari terus bersaing bersama para peserta lain.
Pengumuman yang didedahkan Aziz secara langsung nyata mengejutkan ramai pihak, hingga ada yang membuat pelbagai spekulasi memandangkan persembahan Aziz Harun di Big Stage setakat ini kerap mendapat komen pedas para juri.
Bagaimanapun, ketika ditemui, Aziz sejujurnya sudah berfikir untuk menarik diri dari terus memberi saingan selepas mengadakan perbincangan bersama pihak produksi.
Jelasnya kepada MH, keputusan dibuat kerana dirinya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, 23 September depan.
“Sejak sekian lama memohon sejak awal tahun ini, akhirnya permohonan saya diterima untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Business Economics di Nowrish University of East Anglia, United Kingdom.
“InsyaAllah saya akan berangkat ke London pada pertengahan bulan ini memandangkan kuliah akan bermula 23 September depan,” katanya.
Ditanya sejauh mana kesungguhannya dalam menyertai program realiti Big Stage kerana menarik diri di pertengahan saingan, hingga ada yang mendakwa dirinya seakan-akan memperlekehkan kredibiliti program, Aziz ada jawapannya sendiri.
Ads
“Memang sejak awal ketika sertai Big Stage saya mahu buat yang terbaik dan cuba sehabis yang termampu. Malah saya sendiri mahu buktikan kebolehan dalam plaftrom inidan mencuba benda baru.
“Akan tetapi secara tiba-tiba impian lain yang saya cita-citakan turut hadir dan buatkan saya keliru untuk pilih mana satu,” jelas Aziz yang tidak pernah menyangka dia akan menerima tawaran bagi melanjutkan pengajian pada ketika ini.
“Saya dapat tawaran tersebut awal minggu dan apa yang saya perkatakan sejurus membuat persembahan adalah emosi yang mengawal diri pada ketika itu,” jelasnya lagi.
Ads
Menjawab kritikan netizen yang menyifatkan penyertaannya hanya ‘buang masa’ kerana bertanding dan kemudian menarik diri, peserta asal Brunei ini menjelaskan, dirinya tidak akan sertai Big Stage andai tahu akan keluar ketika saingan.
“Saya tak akan sertai Big Stage kalau tahu saya akan ‘keluar’. Saya tak akan permainkan reputasi saya yang sudah beberapa minggu berapa di kedudukan tiga tercorot.
“Sebelum ini saya pun tidak tahu akan dapat tawaran kerana permohohan dihantar sejak awal tahun. Bahkan saya pernah juga hantar permohonan, tetap ia ditolak.
Ads
“Lalu bila tawaran kembali hadir, tak kan saya ingin tolak. Ibu bapa juga lebih gemar kalau saya sambung pengajian,” kata Aziz menjelaskan situasi.
Terdahulu, peserta ‘budak baru nak up’ (BBNU) dari Indonesia, Dinda Permata yang pada awalnya tersingkir selepas undian juri dan undian atas talian dikira, terselamat.
Dinda yang mempersembahkan lagu Terlalu Memuja nyanyian asal Wany Hasrita kekal dalam saingan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aziz.
Terdahulu, bintang ini ada memuat naik status di Twitter yang seakan membayangkan persembahannya malam tadi di Big Stage adalah yang terakhir buatnya.
Big Stage ditayangkan setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemenangan Roslinda Abdul Majid atau lebih sinonim dipanggil DJ Lin menerusi kategori Penyampai Radio Popular buat kali kedua disifatkan sebagai hadiah paling manis bersempena ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam dunia penyiaran radio khususnya.
Merangkul anugerah sama buat kali pertama pada tahun 2016 lalu, DJ Lin dalam nada sebak bersyukur dan terharu atas kemenangan tersebut. Apatah lagi, kejayaan yang diraih adalah menerusi undian peminat.
“Ada yang kata penyampai radio lama tiada peluang untuk ke depan kerana dibayangi oleh penyampai radio yang lebih muda.
“Saya sendiri sudah berusia 43 tahun dan bersama Suria Cinta kira-kira 13 tahun. Jadi kemenangan ini sangat menyentuh hati saya,” katanya yang tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk merangkul anugerah berkenaan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ahad lalu.
“Ramai juga yang menyatakan sokongan untuk ABP tapi saya kata InsyaAllah. Akan tetapi saya tak rasa tak akan menang, tidak meletakkan harapan, demi Allah walau satu peratus.
“Malah saya turut menyatakan pada keluarga dan rakan terdekat, janganlah impikan apa-apa. Saya tak kan naik pentas. Tapi pada malam ini, ya Allah saya hanya nampak wajah ibu saya yang sedang sakit di Johor,” jelasnya lagi.
Ditanya apakah kekuatannya hingga membawa pulang anugerah berkenaan sekaligus menafikan kemaraan calon lainnya yang dianggap pesaing yang cukup hebat, DJ Lin mengakui namanya sendiri sudah pun kukuh sebagai satu jenama dalam industri radio.
“Kekuatan saya adalah saya sendiri, nama DJ Lin itu sudah pun kukuh dalam industri radio. Tidak boleh dipisahkan dalam program berkonsepkan cinta (Suria Cinta).
“Alhamdulillah pada usia 43 tahun dan sudah 20 tahun dalam dunia penyiaran radio, saya masih mampu untuk kumpul peminat baru,” terang DJ Lin yang mengakui untuk terus relevan dalam industri, dirinya juga perlu mengikut perkembangan arus digital semasa.
Isteri PU Abu Sufyan, Hana Azraa tampil bersuara apabila netizen mulai melemparkan kata-kata negatif terhadap pemakaian purdahnya.
Kata Hana, dia tidak terlalu emosi terhadap apa yang diperkatakan netizen, sebaliknya mahu sentiasa positif dan memperbaiki cara pemakaiannya.
“Terima kasih pada yang tegur & menasihati.
“Isu niqab. Kenapa on off? Dah lah berniqab kadang-kadang upload gambar tak berniqab.
“Takpelah.. Lain orang, lain pendapatnya. Kalau nak lagi ilmu/inf, google atau tanya pandangan org2 yg berilmu.
“Tapi bagi Hana tutup aurat dgn sempurna lagi penting & sangat wajib kita semua titikberatkan.
“Niqabis atau tidak, jom sama-sama kita ambil berat tentang aurat & pakaian yang dibenarkan dalam Islam yea? Insyallah,” tulisnya menerusi Insta Stories.
Terdahulu, pemilik nama penuh Nurhannah Azra Mohd Zakir ini ada memuat naik gambar tanpa niqab dan mencetuskan pelbagai tanda tanya dari netizen.
Untuk rekod, Abu dan Hana bernikah pada 3 Mei lalu.
Abu sebelum ini pernah berkahwin dengan Ain pada Ogos 2018 dan bercerai pada Januari lalu.
Foto : Instagram Hana Azraa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terdahulu, pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau sinonim dengan panggilan Pak Nil berduka cita atas pemergian abang tersayang, Azharnim Haji Nawawi baru-baru ini.
Kongsi Pak Nil, arwah abangnya itu telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, Selasa lalu.
Baru-baru ini, pengacara berusia 56 tahun itu ada membuat ‘Live’ di akaun Instagram seterusnya meluahkan rasa sedih atas kehilangan abang tercinta.
Menurut Pak Nil, abangnya itu telah meninggal dunia berpunca kesan daripada tabiat merokok.
Lalu, bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu memberi nasihat dan menyarankan agar semua perokok untuk berhenti merokok.
“Pak Nil nak bagi tahu semua, berhentilah merokok. Ayah Pak Nil pergi sebab merokok, abang Pak Nil dua orang pergi sebab merokok. Tolonglah kesianlah adik-adik, mak ayah.
“Kalau boleh berhenti, berhentilah. Sekarang Pak Nil rindu dengan abang Pak Nil,” luah Pak Nil.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.