“Azan Dah Berkumandang Pun Tak Hantar-Hantar,” – Pilih Juadah Warung, Azwan Ali Tak Puas Hati Dengan Restoran ‘Slow’ Hantar Makanan!

Share

Pengacara terkenal, Azwan Ali atau lebih mesra dengan disapa Diva AA ada berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Menurut Azwan, dirinya lebih gemar untuk membeli makanan di warung berbanding untuk makan di restoran untuk juadah berbuka puasa.

Ini kerana, hos berusia 55 tahun ini berpendapat makanan yang dijual di warung adalah lebih sedap untuk dinikmati.

Malah, Azwan turut ada berkongsi pengalaman yang dialami ketika berbuka puasa di sebuah restoran terkenal.

“Hari ini beli segala Nasi Ayam banyak-banyak ni berbuka dekat rumah sahaja. Untuk siapa? Tunggu lah kau tengok nanti.

“Hari ni nak cakap lebih afdal beli dekat warung macam ni, sedap gila dan terjaminlah dia punya kualiti masakan tu.

“Dan tepati masa seperti yang dijanjikan. Jangan jadi macam cef dekat Ben’s tu sudah lah berjam tunggu azan dah berkumandang pun tak hantar-hantar.

“Itulah masalah yang berlaku selalu berlaku dekat segelintir restoran yang lembab,” katanya.

Link posting

Foto: Instagram Azwan Ali

IKLAN