Azah Aziz & Shiera Ijoy ‘Reunion’, Peminat Usik Dah Boleh Berbesan

Share

Walaupun jauh terpisah, namun hubungan baik di antara pelakon Shiera Ijoy dan Azah Aziz masih kekal utuh sehingga kini.

Kedua-duanya mula bersahabat baik sejak sama-sama terlibat dalam drama Mat Despatch yang menjadi fenomena pada awal 90-an.

Terbaharu, melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, Azah, suami serta tiga anak lelakinya kini berada di Malaysia untuk bercuti serta bertemu sanak saudara serta rakan taulan di sini.

Azah juga tidak ketinggalan meluangkan masa bertemu dan meluangkan masa dengan Shiera dengan menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran masakan kampung di Hartamas, Kuala Lumpur pada Isnin.

Pertemuan itu turut disertai suami Shiera, Ijoy Azhari serta anak-anaknya iaitu Alisya, Airel, Aira dan Audra.

Keakraban yang terjalin antara Azah dan Shiera telah memberikan ‘idea’ buat peminat apabila gembira sekiranya hubungan kedua-duanya diteruskan sebagai besan memandangkan anak-anak kepada dua pelakon itu sudah meningkat dewasa.

“Boleh berbesan dah tu kak Azah dengan kak Shiera,” tulis peminat tersebut.

Sekadar informasi, Azah berkahwin dengan lelaki Perancis yang menetap di Kanada, Daud Leroy Abdullah pada 7 Januari 1995.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Aaron, 26, Brian, 19, dan Justin, 16 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Azah Aziz

IKLAN