Adam Hamid memohon peminat supaya mendoakan kesihatan pelakon versatil, Wan Maimunah yang telah dimasukkan ke hospital di Alor Gajah, Melaka sejak sehari lalu.

Difahamkan, bintang legenda itu terpaksa ditahan di wad kerana mengalami masalah lelah.

Adam menerusi Instagram memaklumkan mengenai berita berkenaan, awal malam tadi.

IKLAN

“Mohon aminnkan doa kesembuhan buat Seniwati Wan Maimunah @ibu_maimunah. Ibu dimasukkan ke Hospital Hari ni… Kerana Asthma/Lelah. Ibu ditempatkan di Katil 25, wad Kenanga 2B Hospital Alor Gajah, Melaka,”

 

“Allahumma robbannas adzhibilba’ sa isyfi antasysyafi la syifauka syifa’ an la yughodiru saqoma. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan dari segala manusia dimuka bumi, berikanlah kesembuhan kepadanya, angkatlah penyakitnya, dan jadikanlah penyakit yang ia derita sebagai pelebur dosa.

 

Hanya kepadamu lah kami meminta kesembuhan, kesembuhan yang tak ada berulang lagi,” tulisnya. 

Pada masa sama, pelakon berkenaan turut berterima kasih kepada individu yang menggunakan akaun Instagram @norhapipah atas informasi yang diberikan terhadap status terkini Wan Maimunah.

Rata-rata netizen mendokan agar pelakon hebat itu segera sembut dan berharap agar semuanya dipermudahkan.

IKLAN

IKLAN

Sebelum ini, Wan Maimunah atau nama lengkapnya, Wan Maimunah bt Wan Abdul Aziz pernah dimasukkan ke hospital akibat mengalami masalah bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru, dua tahun lalu.

Foto: Instagram Adam Hamid/ Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI