Serentak dengan pegumuman itu, peminat terus menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelakon berusia 36 tahun itu selamat melahirkan cahaya mata kelimanya.
Ads
Ads
Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak pada 21 Januari 2011.
Bahagia harmoni, keduanya kini telah pun dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, setahun.
Foto: Instagram Ayu Raudhah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski menghampiri usia 50 tahun, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang buat pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan untuk membuktikan dirinya masih relevan sebagai heroin.
Selepas lebih 13 tahun menceburi dunia lakonan, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah melalui zaman kegemilangan sebagai heroin drama dan telefilem.
Bagaimanapun, dia yang mesra disapa dengan panggilan Che Ta itu sentiasa berpijak di bumi nyata dalam soal mempertimbangkan tawaran berlakon.
Selepas kembali aktif sejak memperlahankan rentak lakonan kerana memberi tumpuan bisnes, dia diberi watak pembantu termasuk menjadi ibu atau kakak.
Beberapa bulan lalu, Che Ta turut diberi peranan utama dalam drama Family Spy bergandingan dengan Alif Satar dan terlibat dalam telefilem Kuba Guling Karipap Pusing terbitan Pena Creative baru-baru ini sebagai heroin di sisi Azlee Khairi untuk siaran Awesome TV.
Ketika ini dia menjalani penggambaran memegang watak utama menerusi drama 13 episod, Dia Isteriku arahan Ayie Mustafa untuk TV Al Hijrah.
“Kalau penyanyi sendiri mempertaruhkan kepada lagu yang baik untuk melonjak naik, saya percaya pelakon juga bergantung kepada skrip untuk terus membuktikan kemampuannya mewarnai watak diamanahkan.
“Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak. Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya. Tawaran sebegini bukan datang selalu. Tapi peluang yang datang saya takkan mempersiakannya.
“Soal watak utama ini contohnya berbalik kepada kepercayaan produksi dan pihak penerbit. Alhamdulillah saya masih boleh membuktikan bakat yang dimilik.
“Di luar negara sendiri, kita tahu semakin berpengalaman dan meningkat usia, pelakon itu terus diberiwatak penting,” katanya.
Sejak beberapa bulan lalu, rezeki Che Ta terus murah kerana sibuk dengan komitmen kerja.
“Selain drama saya juga terbabit sebagai hos seperti program Ujian Menantu menampilkan anak sulung, Ammar Effendy mencari bakal isteri. Saya juga menjadi panel program fesyen Glamketengglam dihoskan Zizan Razak.
“Untuk drama Dia Isteriku nanti, selepas berpisah dengan bekas suami lakonan Datuk Fizz Fairuz, watak saya sebagai Aisyah dalam cerita itu berkahwin dengan lelaki muda lakonan Hafidz Roshdi.
“Shalma Eliana jadi anak saya. Dalam tempoh sama, saya sibuk membahagi masa dengan urusan bisnes dan keluarga,” katanya.
Tanggal 11 Disember lalu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta dan Suri Katriana inimenyambut ulangtahun perkahwinannya yang ketujuh bersama Zain Saidin.
“Fasa turun naik dalam berumah tangga itu lumrah. Namun saya percaya tolak ansur itu perlu. Saya berharap perkahwinan ini akan kekal sampai syurga,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Beby Tora Tora mengakui berasa sedikit tersinggung dengan kata-kata segelintir pihak yang dilihat tidak pernah serik mempersendakan bentuk fizikalnya.
Menurut Beby atau nama sebenarnya Nor Atierah Zulfatie Zulkifli, kecaman tersebut diterimanya sewaktu dia memuat sebuah video terbaru bersama suaminya di aplikasi Tik Tok.
“Tadi Tira pos content dekat Tik Tok. Ada la lelaki and perempuan ni komen, ‘ingatkan abang ni jalan dengan mak dia’. Lepastu ada la berapa orang yang sokong kenyataan tu.
“Hish tak jaga sensitiviti langsung eh rakyat Malaysia skrang ni,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Beby turut menyifat kritikan seperti itu menyebabkan orang ramai berasa fobia dan segan untuk memiliki bentuk badan yang berisi.
“Memang badan gue gemuk and laki gue nampak muda walaupun umur beza 5 tahun tapi toksah la terlalu jujur eh.
Mungkin sebab ni la ehh orang tak suka jadi gemuk. Nanti jalan dengan suami , orang kata bawak mak pulak hahaha.
“Haihlaa…Sabo je la. Korang pernah kena macam tu ke? Tambah jumpa dekat mulut makcik bawang, lagi le kita kena kutuk kesian laki gue. Nasib dia tak malu jalan dengan gue,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Beby yang memiliki jumlah pengikut di Instagram seramai 528,000 itu tetap meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang menyayangi serta menerima dirinya seadanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Beby supaya mengendahkan komen-komen negatif tersebut.
Terdahulu, Beby telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Hafis Al Hafus Johari pada tanggal 11 Mac 2019.
Sumber: Instagram Beby Tora Tora
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon cantik, Uqasha Senrose ada memberikan kata-kata mengenai apa yang berlaku kepada dirinya pada acara kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) Ahad lalu.
Di dalam program anugerah tahunan itu, Uqasha yang tampil elegan menerusi persalinan hitam melekap tubuh rekaan pereka Shanell Harun menerima kejutan lamaran daripada Kamal Adli.
Momen tersebut kemudiannya menjadi buah mulut ramai hingga mencetuskan tular di media sosial
Jelas Uqasha, dia tidak mampu untuk berkata apa-apa dan menyifatkan dia menerima ‘anugerah’ yang lebih bermakna meski tidak memenangi mana-mana trofi yang dipertandingkan.
“Eim so speechless, even tak menang apa2 tapi qasha menang lagi besar dari award2 yang lain.
“And plus looking million dollars last night because I’m wearing an exclusive diamond collection from @habibjewelsofficial,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat serta rakan selebriti turut tumpang gembira seterusnya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan pasangan.
Sementara itu, Kamal menerusi platform sama turut menjelaskan, tindakannya itu merupakan langkah pertama menghalalkan hubungan mereka.
Malah dia turut gembira dengan jawapan yang diberikan oleh Uqasha dan menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada Allah SWT.
“Yes… Yes! Cuma nk mengHalalkan.. bukan buat perkara tak baik kan.
“Terima kasih atas doa tu, amin. Yang lain serah pada Allah #ame2020 @wardrobe.privato @habibjewelsofficial,” tulisnya.
Terdahulu, Kamal Adli menggamatkan pentas apabila membuat kejutan dengan melamar Uqasha semasa siaran langsung AME2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC).
Hero drama Perempuan Tanpa Dosa itu melafazkan kata lamaran dengan menyampaikan sebentuk cincin berlian dengan melutut di hadapan aktres berkenaan lalu Uqasha memberikan jawapan ‘yes’ terhadap lamaran berkenaan.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...